Skip to content
14/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • TITIK PANDANG

Solidariti bukan muslim Eropah wajar jadi cerminan untuk umat Islam

Panya Isamael 22/09/2025 (Last updated: 22/09/2025) 0 comments
InCollage_20250922_082754846

Hari ini, 22 September 2025, menjadi detik bersejarah buat misi Sumud Flotila apabila 60,000 ahli Kesatuan Pekerja Pelabuhan di Genoa dan Venice bangkit dengan mogok besar-besaran.

Di bawah slogan 'No Arms in Cargo; No Cargo for Genocide', mereka menolak penghantaran senjata dan mendesak agar Israel tidak mengganggu perjalanan flotila yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza.

Apa yang menarik, aksi solidariti ini tidak terbatas di Itali sahaja. Gelombang sokongan turut dijangka menyala di Milan, Rom, malah di seluruh Eropah termasuk United Kingdom, Jerman, Switzerland, Sweden, Ireland, Belanda, Sepanyol dan Norway.

Inilah wajah solidariti global dari pekerja biasa, tanpa mengira agama, yang bangun mempertahankan hak rakyat Palestin.

Ironinya, majoriti yang menyertai solidariti ini adalah bukan Muslim. Mereka sanggup meninggalkan keselesaan hidup, melancarkan mogok dan mengambil risiko demi membela mereka yang ditindas di Gaza.

Persoalannya, di manakah kita sebagai umat Islam dalam hal ini?

Bukankah kita yang sepatutnya lebih lantang, lebih berani dan lebih jelas menyatakan sokongan?

Lebih kritikal, hari ini juga Perhimpunan Agung PBB dijangka mengundi usul pembentukan Negara Palestin Merdeka.

Detik ini memberi makna simbolik: ketika masyarakat dunia menuntut keadilan, umat Islam tidak boleh hanya menjadi pemerhati pasif.

Tempoh tujuh hari mendatang adalah saat paling mencabar buat flotila ini. Besar kemungkinan Israel akan bertindak, namun keberanian sukarelawan tetap menjadi obor yang tidak padam.

Kita di sini mungkin tidak berada di atas kapal itu, tetapi sekurang-kurangnya kita mampu menyatakan solidariti melalui tulisan, status, gambar, video, atau sekadar doa yang ikhlas.

Misi Sumud Flotila bukan sekadar menghantar bantuan, tetapi menuntut dunia supaya jangan lagi menutup mata terhadap sekatan yang menjerut nyawa rakyat Gaza.

Jika masyarakat bukan Islam mampu berganding bahu dalam perjuangan ini, mengapa kita sebagai Muslim tidak mampu menjadi pendukung paling hadapan? - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Bergson Da Silva pecah rekod penjaring terbanyak Liga Super
Next: Harga RON95 turun RM1.99 seliter, guna MyKad mulai 30 September

Related Stories

UMNO
  • TITIK PANDANG

Survival politik UMNO uji Kerajaan Perpaduan

Solomon 13/09/2026 0
Azmi
  • TITIK PANDANG

SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026

Solomon 12/09/2026 0
Azmi
  • TITIK PANDANG

Jangan lindungi kesalahan atas nama bangsa

Solomon 11/09/2026 0

TERKINI

  • JMR raih podium kedua di Suzuka
  • Selangor benam KL City 3-0
  • Hakim Danish bangkit dari petak ke-25, raih empat mata
  • FIFA sahkan Bergson, Brad Tapp layak wakili Malaysia
  • Anak tukang rumah perlukan RM2,143 untuk ke universiti
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by