Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Kos baiki kereta rosak banjir mampu cecah puluhan ribu ringgit

Panya Isamael 02/12/2025 (Last updated: 02/12/2025) 0 comments
93590cea-e1db-4a18-a547-0a46ceda23d1

SHAH ALAM – Anggaran kos membaiki kenderaan yang rosak akibat banjir bergantung sepenuhnya kepada tahap kerosakan serta paras air yang menenggelami kenderaan, sekali gus menyebabkan ada pemilik terpaksa menanggung perbelanjaan mencecah puluhan ribu ringgit.

Pengasas Mae Garage Sdn. Bhd., Ismail Ibrahim, 36, berkata setiap bengkel perlu mengenal pasti keadaan sebenar kenderaan sebelum menetapkan kos, terutama bagi mangsa kejadian banjir di Hatyai bulan lalu.

“Perkara pertama yang kami lakukan ialah menilai keadaan banjir, sama ada kenderaan tenggelam separuh, tenggelam sepenuhnya atau hanya dimasuki air pada bahagian tertentu,” katanya.

Menurutnya, kos membaiki kenderaan boleh mencecah antara ratusan hingga ribuan ringgit bergantung kepada komponen yang terjejas seperti enjin, sistem elektronik, kotak gear serta bahagian dalaman.

Ismail berkata, pemeriksaan terperinci amat penting bagi mengelakkan pemilik kenderaan terbeban dengan kos tambahan dan memastikan kerosakan tidak berulang.

Mengulas anggaran kos bagi kenderaan yang tenggelam sepenuhnya, beliau berkata model Honda, Toyota, Nissan dan Proton generasi baharu boleh mencecah sehingga RM20,000, bergantung kepada tahap kerosakan.

“Komponen paling mahal biasanya sistem stereng elektrik,” jelasnya.

Bagi kenderaan kontinental seperti Mercedes dan BMW pula, katanya, proses baik pulih lazimnya bermula sekitar RM20,000 dan boleh meningkat lebih tinggi mengikut komponen yang terjejas.

Sementara itu, pemilik bengkel Hong Tat Servis Kereta berkata, kos mencuci serta membersihkan kenderaan seperti Proton dan Myvi yang terjejas banjir biasanya mencecah antara RM2,000 hingga RM2,800, bergantung kepada tahap kerosakan.

“Untuk kenderaan jenis 4x4 pula, kosnya sekitar RM4,000 ke atas bagi kerja pembersihan menyeluruh. Itu belum termasuk kos membaiki komponen rosak,” katanya.

Menurutnya, jumlah keseluruhan pembaikan kebiasaannya masih berada di bawah RM5,000 untuk kebanyakan kenderaan bersaiz besar, namun kos boleh meningkat jika kerosakan melibatkan komponen kritikal seperti enjin atau sistem stereng. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Politik Sabah kekal tergantung, rundingan pasca PRN makin tegang
Next: SSFC kecam mutu pengadilan separuh akhir kedua Piala FA 2025

Related Stories

azmi
  • PELBAGAI

MAPIM KECAM TINDAKAN TERBALIKKAN JALUR GEMILANG DI AUSTRALIA

Panya Isamael 25/10/2026 0
Nor Saiful Zaini Nasirrudin
  • PELBAGAI

YOUNG TIGERS KE FINAL, NOR SAIFUL ANGGAP AKSI PENUH DRAMA

Panya Isamael 22/10/2026 0
hijab azerbaijan
  • PELBAGAI

Mapim urges Azerbaijan to lift hijab restrictions in schools

Arisna Wiguna 18/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by