Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

SSFC kecam mutu pengadilan separuh akhir kedua Piala FA 2025

Panya Isamael 02/12/2025 (Last updated: 02/12/2025) 0 comments
592219817_1359512349296923_5690343311781544932_n

PETALING JAYA – Selangor Soccer Fan Club (SSFC)mengecam keras mutu pengadilan dalam perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA 2025 yang berlangsung malam tadi, selepas beberapa keputusan pengadil didakwa berat sebelah serta menjejaskan perjalanan perlawanan.

Presidennya, Muhammad Hairy Ibrahim berkata, pihaknya amat kecewa dengan tahap profesionalisme pengadil yang dianggap tidak setaraf dengan aksi berprestij seperti Separuh Akhir Piala FA.

“Kami mempertikai mutu pengadilan yang jelas berat sebelah dan teruk pada perlawanan tersebut. Pemilihan pengadil oleh pihak MFL juga dipersoalkan kerana beberapa keputusan tidak wajar telah dibuat,” katanya dalam kenyataan semalam.

SSFC menyenaraikan beberapa insiden yang didakwa mencetuskan kemarahan penyokong, termasuk tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada pemain Selangor FC serta pemberian penalti kepada Sabah FC yang dianggap tidak wajar. Selain itu, pembatalan jaringan Selangor FC atas alasan ofsaid turut dipertikai apabila rakaman menunjukkan kedudukan tersebut jelas bukan ofsaid.

Dalam masa sama, insiden bola terkena tangan pemain Sabah FC yang langsung tidak diberi sebarang tindakan menambah rasa tidak puas hati penyokong, ditambah pula dengan dakwaan bahawa sistem VAR tidak diaktifkan ketika situasi melibatkan pasukan Sabah FC.

Hairy berkata, keputusan-keputusan tersebut bukan sahaja menjejaskan perlawanan, malah boleh 'menghancurkan bola sepak Malaysia' jika tidak ditangani segera.

“Kami menuntut penjelasan serta tindakan tegas daripada pihak MFL terhadap situasi itu. Pengadilan seperti ini tidak boleh dibiarkan berulang,” katanya.

Dalam pada itu, SSFC turut menggesa badan pengelola liga meningkatkan standard pemilihan pengadil serta memastikan penggunaan VAR dijalankan secara telus dan konsisten. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kos baiki kereta rosak banjir mampu cecah puluhan ribu ringgit
Next: Mapim desak tindakan global atasi bencana iklim terburuk di Asia Tenggara

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by