Skip to content
13/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Mapim desak tindakan global atasi bencana iklim terburuk di Asia Tenggara

Panya Isamael 02/12/2025 (Last updated: 02/12/2025) 0 comments
FB_IMG_1763330481063

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) tampil memberi amaran tegas berhubung gelombang bencana alam luar biasa yang melanda Malaysia, Thailand, Indonesia dan Sri Lanka, sambil menyifatkan situasi itu sebagai 'krisis iklim paling dahsyat dalam sejarah moden rantau ini'.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata perkembangan mutakhir yang menyaksikan banjir besar, tanah runtuh, kemarau panjang, kenaikan paras laut serta perpindahan komuniti rentan jelas membuktikan bahawa perubahan iklim kini berlaku pada tahap yang menggerunkan.

“Bencana yang kita saksikan hari ini tidak lagi bersifat bermusim. Ia adalah tanda nyata perubahan iklim yang tidak dibendung. Kekerapan dan keterukan tragedi ini benar-benar belum pernah berlaku sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siri taufan yang melanda Filipina bulan lalu sehingga mengorbankan lebih 242 nyawa, selain banjir yang menenggelami kawasan di Malaysia, Thailand dan Indonesia, menunjukkan rantau ini semakin rapuh dan memerlukan tindakan segera.

“Lebih 1,000 orang dilaporkan maut, ratusan masih hilang dan jutaan penduduk terpaksa berpindah. Ini bukan angka kecil. Ini tragedi kemanusiaan berskala besar,” tegasnya.

Mohd Azmi berkata, banjir yang melanda Indonesia, Thailand dan Malaysia sejak beberapa minggu lalu dipacu oleh ribut tropika luar biasa yang membawa hujan lebat di luar kebiasaan, terutama di kawasan Sumatera.

Katanya, Malaysia pula mengalami beberapa siri banjir monsun yang menyebabkan puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal serta kerosakan ekonomi mencecah ratusan juta ringgit.

"Thailand turut berdepan ancaman kenaikan paras laut, dengan Bangkok berada dalam zon risiko tenggelam menjelang 2050. Indonesia pula bergelut dengan banjir besar, kebakaran hutan dan penenggelaman pesisir yang akhirnya memaksa kerajaan memindahkan ibu kota ke Nusantara.

"Di Sri Lanka, banjir kilat dan kekurangan air terus berlaku ekoran degradasi alam sekitar dan ketidakstabilan ekonomi yang berpanjangan.

“Komuniti miskin dan terpinggir adalah yang paling terkesan. Mereka kehilangan rumah, pendapatan dan keselamatan. Keadilan iklim bukan lagi pilihan, ia satu kewajipan moral,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mapim menggesa kerajaan-kerajaan nasional untuk mengutamakan dasar adaptasi iklim serta meningkatkan daya tahan negara dalam setiap perancangan pembangunan.

“Kita tidak boleh lagi menunggu bencana seterusnya. Negara-negara maju mesti menunaikan janji pembiayaan iklim. Setiap saat yang lewat bermakna lebih banyak nyawa terancam,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa mereka kini bekerjasama dengan rakan strategik bagi menggerakkan bantuan kecemasan, termasuk menyediakan makanan, tempat perlindungan, bekalan air bersih dan sokongan pemulihan jangka panjang di kawasan paling terjejas.

“Kami menyeru orang ramai untuk bersama membantu. Ini masa untuk solidariti kemanusiaan. Memelihara bumi bererti memelihara nyawa,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: SSFC kecam mutu pengadilan separuh akhir kedua Piala FA 2025
Next: Nanta Linggi komited galas tugas baharu terajui KUSKOP

Related Stories

Saarani Mohamad
  • NASIONAL

184 unit Rumah Perakku Astana Chemor bantu rakyat miliki kediaman

Panya Isamael 13/07/2026 0
Imigresen Selangor
  • NASIONAL

Imigresen Selangor tahan 95 warga asing dalam operasi bersepadu

Panya Isamael 13/07/2026 0
upsi
  • NASIONAL

UPSI, PTPTN perkukuh hubungan strategik

Solomon 13/07/2026 0

TERKINI

  • 184 unit Rumah Perakku Astana Chemor bantu rakyat miliki kediaman
  • Imigresen Selangor tahan 95 warga asing dalam operasi bersepadu
  • Messi vs England akhirnya jadi kenyataan
  • DBKL sita 11 gerai dikendali warga asing, 4 penjaja tempatan dikompaun
  • FIFA teliti cadangan tambah Piala Dunia 2030 kepada 64 pasukan
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by