Skip to content
13/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • POLITIK

Politik Sabah kekal tergantung, rundingan pasca PRN makin tegang

Panya Isamael 02/12/2025 (Last updated: 02/12/2025) 0 comments
719ab190-cc4f-40ec-9202-491e139b7ff0

KOTA KINABALU – Kedudukan politik Sabah terus berada dalam keadaan tidak menentu susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang menyaksikan Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung apabila tiada mana-mana parti atau gabungan berjaya memperoleh majoriti mudah 37 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Syahruddin Awang Ahmad berkata, keputusan itu jelas menggambarkan polarisasi pengundi serta pecahan sokongan yang ketara, sekali gus mendorong rundingan pasca pilihan raya yang rumit dan tegang dalam kalangan gabungan utama.

Dalam PRN kali ini, GRS muncul sebagai blok terbesar dengan 29 kerusi, diikuti Warisan (25), Barisan Nasional (BN) enam kerusi, manakala selebihnya dimenangi parti kecil serta calon Bebas.

Bagaimanapun, jumlah tersebut belum cukup untuk mana-mana pihak menubuhkan kerajaan tanpa menjalinkan kerjasama rentas blok.

Menurutnya, pembentukan kerajaan negeri kini bergantung sepenuhnya kepada kesediaan parti-parti untuk berkongsi kuasa, terutamanya melibatkan rundingan antara GRS, PH, BN dan ADUN Bebas yang dilihat mempunyai peranan besar dalam menentukan hala tuju pentadbiran baharu.

Mengulas dakwaan bahawa terdapat gabungan tertentu, termasuk GRS, kononnya sudah memperoleh majoriti mudah, beliau menegaskan dakwaan itu tidak berasas dan lebih kepada spekulasi politik pasca PRN yang bertujuan mencipta persepsi sokongan.

“Keputusan rasmi menunjukkan tiada gabungan mencapai 37 kerusi. Majoriti hanya boleh dicapai melalui kerjasama rasmi antara parti-parti yang sanggup berkongsi kuasa,” katanya kepada DETIK MALAYSIA.

Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya perubahan sokongan, beliau tidak menolak potensi ‘swing’ dalam kalangan ADUN Bebas serta parti kecil seperti UPKO, STAR, KDM dan PH yang secara keseluruhan memegang kedudukan sebagai ‘kingmaker’.

Katanya, tawaran kestabilan politik serta jawatan dalam kerajaan baharu menjadi faktor utama yang mampu mempengaruhi hala tuju sokongan blok-blok kecil tersebut pada bila-bila masa, sesuatu yang sering berlaku dalam dinamik politik Sabah yang terkenal cair dan tidak stabil.

Dalam pada itu, beliau berkata penurunan jumlah keluar mengundi kepada 64.35 peratus bukanlah faktor utama berlakunya DUN tergantung, sebaliknya persaingan sengit pelbagai penjuru dan dominasi isu tempatan lebih mempengaruhi keputusan kali ini.

“Keadaan politik Sabah pasca PRN ke-17 kekal tidak menentu. Rundingan masih berlangsung dan sehingga kini belum ada mana-mana blok berjaya memegang majoriti jelas,” ujar beliau. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: FIFPRO kecam hukuman FIFA terhadap 7 pemain warisan Harimau Malaya
Next: Kos baiki kereta rosak banjir mampu cecah puluhan ribu ringgit

Related Stories

spr johor
  • POLITIK

ADUN Johor perlu jadi contoh pentadbiran berintegriti

Panya Isamael 12/07/2026 0
Asyraf Wajdi
  • POLITIK

Kemenangan BN amanah besar rakyat – Asyraf Wajdi

Panya Isamael 12/07/2026 0
Barisan Nasional
  • POLITIK

PRN Johor: BN menang 47 kerusi DUN, PH raih tujuh setakat 12.10 tengah malam

Panya Isamael 12/07/2026 0

TERKINI

  • 184 unit Rumah Perakku Astana Chemor bantu rakyat miliki kediaman
  • Imigresen Selangor tahan 95 warga asing dalam operasi bersepadu
  • Messi vs England akhirnya jadi kenyataan
  • DBKL sita 11 gerai dikendali warga asing, 4 penjaja tempatan dikompaun
  • FIFA teliti cadangan tambah Piala Dunia 2030 kepada 64 pasukan
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by