Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

Rapid Rail siasat insiden tergelincir di Stesen Universiti

Panya Isamael 10/12/2025 (Last updated: 10/12/2025) 0 comments
591746080_1277288407766972_6360070828299890407_n

PETALING JAYA - Perkhidmatan Laluan LRT Kelana Jaya kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 7.41 pagi tadi selepas kerja baik pulih selesai dilaksanakan.

Rapid Rail Sdn. Bhd. dalam kenyataan berkata, insiden awal pagi melibatkan sebuah kenderaan penyelenggaraan yang tergelincir dari landasan ketika kerja dilaksanakan di Stesen Universiti, menyebabkan kerosakan pada sistem semboyan di lokasi tersebut.

“Siasatan terperinci akan dijalankan untuk mengenal pasti punca insiden dan memastikan langkah pencegahan sewajarnya dapat diambil,” kata kenyataan itu.

Rapid Rail berkata, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara diaktifkan sepanjang tempoh gangguan bagi memastikan penumpang dapat meneruskan perjalanan seperti biasa.

“Kami menghargai kesabaran semua penumpang sepanjang tempoh gangguan dan memohon maaf atas kesulitan yang dialami,” jelasnya.

Katanya, pasukan operasi Rapid Rail turut dipertingkatkan dengan pemantauan rapi, selain anggota polis bantuan dan petugas stesen yang masih ditempatkan di platform serta ruang legar bagi mengawal kesesakan pengguna. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Rapid KL

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Jojo tawar kepakaran bantu bangunkan muaythai Selangor
Next: Gaza terus berduka, Mapim gesa laluan kemanusiaan dibuka

Related Stories

Manivannan
  • NASIONAL

Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting

Solomon 28/10/2026 0
Dr R Manivannan - Foto: Bernama
  • NASIONAL

54 MALAYSIANS STILL MISSING, MASFIH TO MEET HUMAN RESOURCES MINISTER TOMORROW

Solomon 27/10/2026 0
upsi
  • NASIONAL

UPSI terima pengiktirafan MBOR menerusi program keluarga angkat

Solomon 26/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by