KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam sikap dunia yang disifatkan hanya memberi 'kata-kata kosong' ketika krisis kemanusiaan di Gaza semakin parah.
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, , Mohd Azmi berkata, keadaan di Gaza kini merupakan tragedi kemanusiaan luar biasa apabila seluruh keluarga musnah, hospital dihancurkan dan kanak-kanak hidup tanpa perlindungan, ubat-ubatan serta tempat selamat.
“Bagaimana kita boleh meraikan Hari Hak Asasi Manusia apabila hak paling asas hak untuk hidup dirampas setiap hari di depan mata?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menyifatkan krisis di Gaza bukan lagi isu kemanusiaan semata-mata, sebaliknya kegagalan hati nurani global apabila prinsip hak asasi manusia yang dipertahankan dunia bergantung kepada geopolitik.
“Silence is not neutrality silence is complicity,” katanya sambil menegaskan pembunuhan orang awam dan sekatan bantuan adalah pelanggaran terhadap nilai kemanusiaan.
Beliau menggesa kerajaan dunia, institusi antarabangsa serta pemimpin agama bertindak segera membuka laluan kemanusiaan, melindungi orang awam serta memastikan pihak yang bertanggungjawab diadili.
Malah, beliau menyeru masyarakat awam, aktivis, NGO dan golongan muda terus bersuara serta menunjukkan solidariti terhadap Gaza.
“Gerakan menuntut keadilan tidak bermula di parlimen ia bermula dalam hati rakyat yang enggan menerima kezaliman sebagai sesuatu yang normal,” katanya.
Beliau berkata, pendirian Mapim bahawa penderitaan rakyat Gaza tidak boleh dilupakan dan hak mereka perlu terus diperjuangkan. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - UNICEF