Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA
  • PELBAGAI

India digesa bebaskan segera tahanan politik Kashmir

Panya Isamael 10/12/2025 (Last updated: 10/12/2025) 0 comments
AA1MSWVp

PUTRAJAYA – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyuarakan kebimbangan serius terhadap penafian hak asasi rakyat wilayah Kashmir yang didakwa ditindas selama lebih tujuh dekad.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, wilayah yang berada dalam jajahan India itu kekal antara kawasan paling dimilitarisasikan di dunia dengan pelbagai laporan melibatkan penahanan sewenang-wenangnya, sekatan komunikasi dan tindakan keras terhadap penduduk awam.

Beliau berkata, hari memperingati hak asasi ini tidak membawa makna selagi masyarakat Kashmir terus berdepan sekatan kebebasan hidup, hak bersuara, berkumpul, bergerak serta dinafikan proses undang-undang yang adil.

"Nasib Yasin Malik, tokoh politik Kashmir yang kini menjalani hukuman penjara, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai ketelusan dan keadilan dalam proses perbicaraannya.

"Kes tersebut didakwa menjadi simbol kepada penderitaan ramai tahanan politik lain termasuk aktivis, wartawan, pemimpin komuniti dan pelajar yang terus dipenjara tanpa perbicaraan sewajarnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penggunaan undang-undang yang membolehkan tahanan dipenjarakan tanpa pertuduhan sebagai bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia antarabangsa.

Katanya, penindasan berpanjangan terhadap rakyat Kashmir tidak boleh terus dibiarkan, sekali gus menuntut tindakan segera masyarakat antarabangsa sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

“Solidariti terhadap rakyat Kashmir perlu diterjemahkan melalui tindakan dan bukan sekadar kenyataan,” ujarnya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Gaza terus berduka, Mapim gesa laluan kemanusiaan dibuka
Next: Rohingya terus dihimpit ketidakpastian

Related Stories

AZMI MAPIM
  • LUAR NEGARA
  • TITIK PANDANG

Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine

Arisna Wiguna 28/10/2026 0
Kashmir askar
  • LUAR NEGARA

Kashmir Black Day: MAPIM desak dunia tamatkan 79 tahun ketidakadilan

Arisna Wiguna 27/10/2026 0
gaza
  • LUAR NEGARA

MAPIM TARGETS RM500,000 FOR GAZA WINTER RELIEF

Solomon 26/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by