Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI
  • SUKAN

Jojo tawar kepakaran bantu bangunkan muaythai Selangor

Panya Isamael 09/12/2025 (Last updated: 09/12/2025) 0 comments
596976486_1465533054927936_2273141418524332455_n

SHAH ALAM – Atlet muaythai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo, menyatakan kesediaan untuk membantu memperkasa ekosistem sukan muaythai di Selangor menerusi penglibatan lebih aktif dalam program pembangunan sukan tersebut.

Perkara itu dizahirkan ketika Jojo bersama ibu bapanya membuat kunjungan hormat ke pejabat Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi, semalam.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai aspek pembangunan muaythai dibincangkan, termasuk kejurulatihan, fasiliti kecergasan, pusat latihan serta penganjuran acara berkaitan sukan tempur itu.

Jojo yang kini sedang mengikuti latihan sepenuh masa di Thailand turut menyatakan hasrat untuk menyalurkan kepakaran dan pengalaman yang diperoleh bagi membangunkan bakat baharu, khususnya di negeri Selangor.

“Saya menyambut baik hasrat Jojo dan memaklumkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk turut membantu pembangunan sukan muaythai menerusi kolaborasi masa hadapan yang berpotensi digerakkan secara praktikal,” ujar Najwan.

Menurut beliau, kerjasama bersama atlet profesional seperti Jojo diyakini mampu meningkatkan kualiti latihan, penganjuran program serta pendedahan atlet muda terhadap standard antarabangsa.

Jojo sebelum ini mencuri perhatian peminat sukan tempur tanah air susulan penampilannya di pentas kompetitif luar negara dan kini berada dalam rangka persediaan untuk menghadapi kejohanan akan datang.

Kerajaan Negeri Selangor dilihat optimis untuk merangka pendekatan strategik dalam memperkukuh sukan muaythai sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan belia dan sukan negeri. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FB Najwan Halimi

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: SPRM, Felda perkasa kerjasama strategik komunikasi
Next: Rapid Rail siasat insiden tergelincir di Stesen Universiti

Related Stories

MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by