Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

SPRM, Felda perkasa kerjasama strategik komunikasi

Panya Isamael 09/12/2025 (Last updated: 09/12/2025) 0 comments
28a5e0f4-eade-4f21-b140-50533ae19b47

KUALA LUMPUR - Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersedia memperkukuh kerjasama meliputi koordinasi komunikasi, pengurusan krisis serta pelaksanaan program bersama.

Pengarah BKS SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, kepakaran serta pengalaman luas SPRM dalam pengendalian krisis dapat dimanfaatkan Felda bagi mempertingkat imej serta keberkesanan komunikasi kedua-dua agensi.

Menurutnya, kecemerlangan BKS SPRM turut diiktiraf apabila meraih tiga anugerah pada The 5th ASEAN PR Excellence Awards 2025 iaitu Anugerah Berlian bagi kategori Best Crisis Management serta dua Anugerah Emas untuk kategori Best Government PR dan Best Communication Use of Social Media.

“Terbaharu, pada 2 Disember lalu, BKS SPRM turut menerima dua pengiktirafan Honorable Mention di PR Daily Awards 2025 masing-masing bagi kategori Use of AI dan Crisis Management,” katanya ketika melakukan kunjungan hormat ke JKS Felda di Menara Felda, Platinum Park di sini, hari ini.

Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut meninjau potensi kerjasama dalam penganjuran program-program anjuran BKS SPRM pada masa depan.

PKPj Hisyam berkata, SPRM turut menyediakan inisiatif pengecualian cukai kepada badan korporat yang melaksanakan program berunsur integriti dan antirasuah, yang boleh dimanfaatkan Felda dalam pengukuhan tadbir urus.

Sementara itu, Pengarah JKS Felda, Syirfan Indra Mitra Surya Hussin menzahirkan penghargaan atas kesediaan BKS SPRM untuk bekerjasama serta berkongsi kepakaran dalam usaha memperkukuh imej FELDA.

Beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan pandangan dan sedia menawarkan kerjasama untuk manfaat kedua-dua pihak khususnya dalam menyampaikan mesej antirasuah kepada masyarakat.

Turut hadir Ketua Unit Integriti Felda, TPj Mohd Anuar Ismail; Timbalan Pengarah BKS SPRM, Jules Rahman Ong; Timbalan Pengarah JKS Felda, Norhasimah Mohd Nor; serta pegawai-pegawai kanan daripada BKS SPRM dan JKS Felda. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Lelaki cuba terjun balkoni diselamatkan pasukan bomba
Next: Jojo tawar kepakaran bantu bangunkan muaythai Selangor

Related Stories

Manivannan
  • NASIONAL

Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting

Solomon 28/10/2026 0
Dr R Manivannan - Foto: Bernama
  • NASIONAL

54 MALAYSIANS STILL MISSING, MASFIH TO MEET HUMAN RESOURCES MINISTER TOMORROW

Solomon 27/10/2026 0
upsi
  • NASIONAL

UPSI terima pengiktirafan MBOR menerusi program keluarga angkat

Solomon 26/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by