Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

FIFA lucut keputusan Harimau Malaya, tiga aksi Tier 1 dianggap tewas 0-3

Panya Isamael 17/12/2025 (Last updated: 17/12/2025) 0 comments
Wisma-FAM-FA-Malaysia

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi menerima tamparan hebat apabila Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan Malaysia dilucutkan keputusan tiga perlawanan antarabangsa Tier 1 selepas didapati menurunkan pemain tidak layak.

FAM dalam satu pengesahan memaklumkan keputusan itu dibuat susulan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi, Jorge Palacio, pada 12 Disember lalu.

Menurut FIFA, FAM telah melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) apabila menurunkan pemain tidak layak dalam tiga perlawanan membabitkan skuad Harimau Malaya.

Berikutan itu, Malaysia secara rasmi dianggap tewas 0-3 dalam ketiga-tiga perlawanan berkenaan, sekali gus membatalkan keputusan asal di atas padang.

Antara perlawanan terlibat ialah:

Malaysia vs Cape Verde (29 Mei 2025, Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras)
Keputusan asal: Seri 1-1

Malaysia vs Singapura (4 September 2025, Stadium Nasional Bukit Jalil)
Keputusan asal: Malaysia menang 2-1

Malaysia vs Palestin (8 September 2025, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri)
Keputusan asal: Malaysia menang 1-0

Keputusan itu menyaksikan dua kemenangan di laman sendiri serta satu keputusan seri dipadamkan daripada rekod rasmi antarabangsa negara, sekali gus memberi kesan besar terhadap reputasi dan rekod pasukan kebangsaan.

Selain pelucutan keputusan perlawanan, FIFA turut mengenakan denda CHF10,000 (kira-kira RM51,414) ke atas FAM sebagai tindakan disiplin tambahan berkaitan isu kelayakan pemain.

FAM turut memaklumkan akan mengemukakan permohonan bertulis rasmi kepada Jawatankuasa Tatatertib FIFA bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung asas keputusan tersebut sebelum menentukan langkah seterusnya.

Penjelasan penuh itu dijangka menjadi faktor penting sama ada FAM akan mendapatkan klarifikasi lanjut, memohon mitigasi atau meneroka sebarang saluran perundangan serta prosedur lain yang dibenarkan di bawah peraturan FIFA. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FAM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mapim kecam keganasan, tolak manipulasi isu antisemitisme lindungi jenayah Zionis
Next: Tiada pelaku dikenal pasti, laporan IIC bongkar kecacatan sistem FAM

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by