Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Tiada pelaku dikenal pasti, laporan IIC bongkar kecacatan sistem FAM

Panya Isamael 17/12/2025 (Last updated: 17/12/2025) 0 comments
584926920_1151421413817009_6230317284119442369_n

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang dilantik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan tiada bukti konklusif untuk menentukan pihak yang bertanggungjawab memalsukan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya, namun mendedahkan kelemahan serius tadbir urus dalam badan induk bola sepak negara itu.

Menerusi laporan setebal 59 muka surat, IIC menjelaskan kegagalan mengenal pasti pelaku berpunca daripada ketiadaan kerjasama Notari Awam yang terlibat serta ketidakupayaan mengesan ejen pemain berkenaan walaupun usaha munasabah telah dilakukan.

Bagaimanapun, laporan itu menegaskan penemuan tersebut tidak membersihkan FAM sepenuhnya, sebaliknya memperlihatkan kegagalan ketara dari segi pemantauan, ketelitian (due diligence) dan kawalan pentadbiran yang membolehkan isu berkenaan berlarutan sehingga ke peringkat FIFA tanpa dikesan lebih awal.

Menurut laporan itu, kelemahan berkenaan akhirnya mengundang implikasi sukan dan kewangan yang serius terhadap FAM serta reputasi bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.

IIC mengesyorkan FAM mengambil tindakan pembetulan segera termasuk membuat laporan polis, memulakan tindakan tatatertib dalaman serta melaksanakan pembaharuan struktur secara menyeluruh.

“Tindakan ini kritikal bagi mengelakkan kejadian berulang serta memulihkan kredibiliti dan integriti operasi FAM,” menurut laporan itu yang turut menegaskan isu melibatkan FAM dan tujuh pemain warisan berkenaan adalah perkara berkepentingan awam dan wajar didedahkan secara telus.

FAM mengesahkan menerima laporan tersebut yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif, pada jam 3.30 petang Isnin lalu.

Susulan itu, Jawatankuasa Eksekutif FAM dijadualkan mengadakan mesyuarat khas pada 22 Disember ini bagi meneliti dapatan laporan sebelum menentukan tindakan selanjutnya, yang dijangka memberi kesan besar terhadap hala tuju tadbir urus bola sepak negara.

Antara cadangan paling signifikan ialah gesaan supaya Jawatankuasa Tatatertib FAM memulakan prosiding dalaman terhadap Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, bagi menilai sama ada beliau gagal memenuhi piawaian pemantauan dan ketelitian yang diperlukan.

Namun, IIC menegaskan cadangan tersebut dibuat tanpa prejudis dan tidak membawa maksud Datuk Noor Azman terlibat secara peribadi dalam pemalsuan dokumen.

Selain isu individu, laporan itu turut menekankan bahawa tindakan FIFA terhadap FAM mendedahkan masalah struktur lebih besar termasuk prosedur dokumentasi yang lemah, pemantauan ejen yang tidak mencukupi, proses pengesahan tidak ketat serta mekanisme penyeliaan yang tidak berkesan.

IIC menegaskan pembaharuan menyeluruh adalah keperluan mendesak bagi memulihkan kepercayaan, melindungi integriti bola sepak negara dan memastikan pematuhan kepada piawaian tadbir urus antarabangsa.

Laporan itu hadir ketika FAM masih meneruskan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung keputusan FIFA berkaitan tujuh pemain warisan iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Sebelum ini, FIFA mengenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) ke atas FAM, manakala setiap pemain digantung selama 12 bulan serta didenda CHF2,000, susulan penerbitan alasan penuh Jawatankuasa Rayuan FIFA setebal 64 muka surat pada 3 November lalu.

Walaupun keputusan muktamad kini di tangan CAS, laporan IIC disifatkan sebagai detik penting tadbir urus FAM, yang menuntut akauntabiliti, ketelusan dan reformasi menyeluruh demi memastikan bola sepak Malaysia kembali bergerak dengan kredibiliti di pentas antarabangsa. -DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FAM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: FIFA lucut keputusan Harimau Malaya, tiga aksi Tier 1 dianggap tewas 0-3
Next: Ghazali Marali: Dari Kampung Indarason Laut ke pentas antarabangsa

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by