Skip to content
12/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

Mapim kecam keganasan, tolak manipulasi isu antisemitisme lindungi jenayah Zionis

Panya Isamael 17/12/2025 (Last updated: 17/12/2025) 0 comments
6a9c0379-39a9-472a-b568-febe4f7b3153

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan pendirian menolak semua bentuk keganasan terhadap orang awam tanpa pengecualian, sambil mengutuk cubaan memanipulasi isu antisemitisme bagi melindungi jenayah rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, pembunuhan orang awam yang tidak berdosa, tanpa mengira agama, bangsa atau kewarganegaraan, merupakan jenayah serius yang mesti ditolak oleh semua pihak dan tradisi moral.

“MAPIM menolak sekeras-kerasnya usaha berterusan rejim Zionis dan kepimpinannya yang memutarbelitkan istilah antisemitisme bagi membungkam kritikan sah terhadap jenayah Israel yang telah berlarutan puluhan tahun ke atas rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaharu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang menggesa kerajaan Barat memperhebat tindakan terhadap antisemitisme, sambil menuduh negara seperti Australia menyemarakkan kebencian hanya kerana mengiktiraf kenegaraan Palestin.

Menurut Mohd. Azmi, naratif sedemikian adalah mengelirukan dan berbahaya kerana menyamakan kebencian terhadap orang Yahudi dengan kritikan terhadap Zionisme, dasar aparteid, penjajahan ketenteraan dan pembersihan etnik yang dilakukan oleh Israel.

“Antisemitisme, iaitu kebencian atau keganasan terhadap orang Yahudi atas identiti mereka, adalah salah dan mesti ditentang. Namun, mengkritik Zionisme dan jenayah Israel bukan antisemitisme, sebaliknya satu kewajipan moral, undang-undang dan kemanusiaan,” tegasnya.

Beliau berkata, selama lebih tujuh dekad rakyat Palestin berdepan penindasan sistematik termasuk rampasan tanah, penempatan haram, hukuman kolektif, pembunuhan beramai-ramai serta sekatan yang telah didokumentasikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amnesty International, Human Rights Watch dan pertubuhan hak asasi Israel sendiri.

Mapim turut mempersoalkan pendirian kerajaan Barat yang disifatkan bersifat pilih kasih dalam mengecam keganasan.

“Mengapa kematian rakyat Palestin sekadar menjadi statistik, manakala naratif Israel diangkat tanpa penelitian? Keadilan tidak boleh dibina atas dwistandard,” katanya.

Dalam masa sama, MAPIM memberi amaran terhadap kecenderungan mengaitkan setiap insiden keganasan dengan Islam atau umat Islam, yang disifatkan sebagai berbahaya dan menyuburkan Islamofobia.

“Kesalahan kolektif bukan keadilan, ia adalah prasangka,” ujar Mohd. Azmi.

Sehubungan itu, beliua menggesa pemimpin Barat agar menunjukkan kejelasan moral dengan menolak semua keganasan terhadap orang awam tanpa pilih kasih, melindungi masyarakat Yahudi daripada kebencian sebenar serta pada masa sama mempertahankan rakyat Palestin daripada keganasan dan penjajahan negara.

Beliau turut menuntut agar undang-undang antarabangsa ditegakkan termasuk hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan memiliki sebuah negara berdaulat.

“Keamanan tidak akan lahir dengan menutup kebenaran. Ia hanya akan tercapai apabila punca sebenar keganasan ditangani iaitu penjajahan, aparteid dan penafian hak asasi manusia,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sukan SEA 2025: Malaysia raih kemenangan pertama, tundukkan Vietnam 4-2
Next: FIFA lucut keputusan Harimau Malaya, tiga aksi Tier 1 dianggap tewas 0-3

Related Stories

Jais sprm
  • NASIONAL
  • POLITIK

MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen

Panya Isamael 11/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026

Solomon 10/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Naib Canselor UPSI terima Icon Award 2026

Arisna Wiguna 10/08/2026 0

TERKINI

  • MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen
  • Liverpool buru Camara, Monaco letak harga €50 juta
  • Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026
  • AFC, Concacaf, UEFA kecam Infantino, dakwa ‘pecahkan kepercayaan’
  • Program SUGAR buka peluang lebih ramai gadis ceburi bola sepak
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by