Skip to content
20/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA
  • NASIONAL

Israel gempur konvoi Global Sumud Flotilla dengan Stun Grenade

Panya Isamael 24/09/2025 (Last updated: 24/09/2025) 0 comments
InCollage_20250924_164235261



KUALA LUMPUR – Detik cemas dialami lebih 500 pelayar Global Sumud Flotilla apabila konvoi berdepan serangan ‘stun grenade’ yang dilancarkan rejim Israel ketika berada di perairan Mediterranean, awal pagi semalam.

Menurut laporan wartawan bebas, Zainal Rashid Ahmad atau dikenali sebagai ZRA Strim, kejadian berlaku sekitar pukul 1.27 pagi waktu tempatan (6.17 pagi Malaysia) ketika 15 dron Israel mengelilingi 53 kapal yang menyertai pelayaran tersebut.

“10 minit kemudian, kedengaran beberapa letupan kuat di udara. Israel menggunakan stun grenade sebagai taktik psikologi untuk menimbulkan rasa takut dan panik dalam kalangan pelayar,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Difahamkan, kira-kira 12 letupan dikesan berhampiran sembilan bot layar termasuk satu yang berlaku betul-betul di atas bot yang dinaiki beliau. Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan.

Stun grenade lazimnya digunakan bagi menyuraikan rusuhan, namun kali ini ia dijadikan senjata gertakan bagi menakutkan pelayar supaya ada yang meminta diturunkan di Greece sebelum konvoi memasuki Zon Kuning menuju pantai Gaza.

Beliau berkata, walaupun dua bot mengalami kerosakan kecil pada bahagian layar akibat gegaran, semua kapal masih mampu belayar dengan baik. Selepas hampir dua jam berdepan ‘Ops Gertak’ Israel, konvoi meneruskan perjalanan tanpa sebarang halangan besar.

“Sekali melangkah, bererti terus melangkah. Dengan nama Allah dan Rasul-Nya, tiada kegentaran bagi kami semua pelayar Sumud Nusantara,” tegasnya.

Konvoi Global Sumud Flotilla kini memasuki hari keenam pelayaran menuju ke Gaza bagi misi kemanusiaan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Putera Iman Shah terima laptop, elaun dan yuran percuma sehingga tamat pengajian di UUM
Next: Imigresen serbu pusat urut tawar ‘perkhidmatan tambahan’

Related Stories

Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur PSKT - 003
  • NASIONAL

PSKT TERUS MENJADI GERBANG SAINS PANTAI TIMUR DI TENGAH GELOMBANG AI

Panya Isamael 20/07/2026 0
AZMI MAPIM
  • NASIONAL

MAPIM gesa undang-undang antarabangsa dikuat kuasa tanpa pilih kasih

Panya Isamael 19/07/2026 0
azmi
  • LUAR NEGARA

AS-Irael ubah sasaran perang terhadap Iran, bukti dasar tidak konsisten

Panya Isamael 19/07/2026 0

TERKINI

  • Piala Dunia 2026: Sepanyol tawan dunia, tewaskan Argentina dalam masa tambahan
  • PSKT TERUS MENJADI GERBANG SAINS PANTAI TIMUR DI TENGAH GELOMBANG AI
  • Scaloni tuntut Argentina tampil aksi terbaik pertahan kejuaraan
  • De La Fuente: Sepanyol wajib kuasai setiap detik final
  • MAPIM gesa undang-undang antarabangsa dikuat kuasa tanpa pilih kasih
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by