Skip to content
16/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Imigresen serbu pusat urut tawar ‘perkhidmatan tambahan’

Panya Isamael 24/09/2025 (Last updated: 24/09/2025) 0 comments
7a78375a-cc74-4563-a528-cfe7219ebf73

KUALA LUMPUR – Kegiatan licik beberapa pusat urut yang menawarkan ‘perkhidmatan tambahan’ kepada pelanggan akhirnya terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Serbuan yang dijalankan sekitar Puchong dan Kuala Lumpur itu dilakukan hasil aduan awam serta risikan selama dua minggu oleh Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, operasi tersebut melibatkan seramai 55 pegawai pelbagai pangkat yang digerakkan ke beberapa lokasi sasaran.

“Hasil pemeriksaan ke atas 42 individu terdiri daripada dua lelaki dan 29 wanita warganegara asing serta 11 rakyat tempatan, seramai 28 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mereka yang ditahan ialah dua wanita Thailand, seorang lelaki dan tiga wanita China, lima wanita Myanmar, 12 wanita Indonesia, empat wanita Vietnam dan seorang lelaki India berusia antara 21 hingga 35 tahun.

Zakaria berkata, kesalahan yang dikenal pasti termasuk tinggal lebih masa serta tiada dokumen perjalanan sah. Kesemua mereka kini ditempatkan di Depot Imigresen KLIA untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Selain itu, sebanyak tujuh saman (Borang 29) turut dikeluarkan kepada pelanggan yang berada di premis berkenaan,” ujarnya.

Siasatan mendapati modus operandi pusat urut itu adalah beroperasi sebagai spa dan refleksologi pada siang hari dengan imej formal, namun bertukar menawarkan perkhidmatan seks pada sebelah malam.

“Perkhidmatan dipromosikan melalui kad perniagaan, media sosial serta aplikasi mesej seperti WhatsApp dan Telegram dengan bayaran antara RM200 hingga RM350 bergantung kepada pakej,” katanya.

Difahamkan, setiap premis terbabit mampu meraih keuntungan mencecah RM300,000 sebulan hasil aktiviti tidak bermoral itu.

Zakaria menegaskan, JIM tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang tinggal secara haram, menyalah guna pas atau majikan yang menggaji pendatang tanpa izin.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melindungi PATI di negara ini,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Israel gempur konvoi Global Sumud Flotilla dengan Stun Grenade
Next: Tentera laut Itali bantu konvoi bantuan Gaza

Related Stories

bagan datuk
  • NASIONAL

Sambutan Hari Kebangsaan Bagan Datuk meriah

Panya Isamael 15/09/2026 0
dr kamari
  • NASIONAL

Empat taman, satu muafakat semarak Jelajah Merdeka Perpaduan KRT

Panya Isamael 14/09/2026 0
kemalangan bomba
  • NASIONAL

Tiga maut, dua cedera kemalangan dua kenderaan

Arisna Wiguna 14/09/2026 0

TERKINI

  • Anugerah Khas Menteri suntik semangat keluarga Muaythai
  • Sambutan Hari Kebangsaan Bagan Datuk meriah
  • BAJU MELAYU DI PENTAS DUNIA
  • Naza wins special jury prize at Venice Film Festival
  • BRICS declaration on Palestine must lead to action – MAPIM
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by