Skip to content
02/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA

Tentera laut Itali bantu konvoi bantuan Gaza

Panya Isamael 24/09/2025 (Last updated: 24/09/2025) 0 comments
InCollage_20250924_205307163

ROM – Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto mengesahkan pihaknya menghantar sebuah kapal frigat tentera laut bagi membantu flotila antarabangsa yang dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, selepas dilaporkan beberapa kapal konvoi itu diserang dron berhampiran Greece.

Menurut Crosetto, beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Itali sebelum mengarahkan kapal frigat pelbagai guna Fasan yang ketika itu berada di utara Crete dalam misi Operation Safe Sea, untuk segera menuju ke lokasi kejadian.

“Kapal tersebut kini sedang dalam perjalanan ke kawasan berkenaan bagi melaksanakan operasi menyelamat sekiranya diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Crosetto turut mengecam keras serangan dron terhadap flotila berkenaan yang didakwa dilakukan pihak tidak dikenali.

Sementara itu, Menteri Luar Itali, Antonio Tajani berkata beliau telah meminta kerajaan Israel supaya menjamin keselamatan warganegara Itali termasuk ahli Parlimen serta Ahli Parlimen Eropah (MEP) yang menyertai misi pro-Palestin itu.

“Kerajaan Itali telah memaklumkan kepada Israel bahawa sebarang operasi ketenteraan perlu mematuhi undang-undang antarabangsa dan dilaksanakan dengan penuh berhati-hati,” jelas kenyataan Kementerian Luar Itali.

Menurutnya lagi, kedutaan Itali di Tel Aviv turut diarah untuk mendapatkan maklumat lanjut selain menegaskan permintaan agar keselamatan kru serta penumpang flotila diberikan perlindungan mutlak.

Difahamkan, flotila dikenali sebagai Global Sumud Flotilla itu berlayar dari Barcelona awal bulan ini dengan matlamat memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza dan menyalurkan bantuan ke wilayah berkenaan.

Setakat ini, konvoi tersebut dianggotai 51 buah kapal dengan majoritinya berada berhampiran pulau Crete. Terdahulu, beberapa kapal sokongan flotila itu dilaporkan diserang dron ketika berlabuh di Tunisia.

Israel pada Isnin lalu menegaskan tidak akan membenarkan konvoi tersebut sampai ke Gaza selepas berjaya menggagalkan dua percubaan sama oleh aktivis pada Jun dan Julai lalu. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Imigresen serbu pusat urut tawar ‘perkhidmatan tambahan’
Next: Cukup sudah kekalahan, ini titik kebangkitan Selangor – Faisal

Related Stories

azmi
  • LUAR NEGARA

Kuasa politik Arab mampu cabar dominasi Zionis di Israel

Arisna Wiguna 01/11/2026 0
al jazeera
  • LUAR NEGARA

MAPIM congratulates Al Jazeera on 30th anniversary

Solomon 01/11/2026 0
Mohd Azmi
  • LUAR NEGARA

MAPIM EXTENDS CONDOLENCES TO VICTIMS, FAMILIES OF SPAIN TRAIN CRASH

Arisna Wiguna 30/10/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by