YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim meninjau keadaan pasca banjir serta mendengar taklimat mengenai beberapa kerja penambahbaikan infrastruktur yang sedang dirancang di di kawasan Kampung Rampayan, Manggatal, Sabah. 26 September 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or f
KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah akan memberi keutamaan mempercepatkan pelaksanaan projek pemulihan serta menaik taraf infrastruktur di kawasan terjejas banjir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin selain memastikan kerja-kerja pemulihan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.
“Kerajaan akan memberi keutamaan agar projek pemulihan dan menaik taraf infrastruktur dapat dilaksanakan sesegera mungkin, menyeluruh dan berkesan demi kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi Facebook pada Jumaat.
Terdahulu, sebaik tiba di Kota Kinabalu, Anwar bergegas ke Kampung Rampayan, Manggatal untuk meninjau keadaan pasca banjir serta mendengar taklimat berhubung beberapa kerja penambahbaikan infrastruktur yang dirancang.
Lawatan beliau kemudian diteruskan ke Kampung Inanam Laut bagi menziarahi penduduk yang terjejas akibat banjir beberapa minggu lalu selain meninjau cadangan menaik taraf infrastruktur di kawasan tersebut.
Tambahnya, kesiapsiagaan pasukan perlu sentiasa dipertingkat berikutan cabaran perubahan iklim yang tidak menentu menuntut tahap persediaan yang lebih tinggi pada setiap masa. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - Anwar Ibrahim