Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Jom Jalan with NPC 2025 kembali 29 November ini

Panya Isamael 26/09/2025 (Last updated: 26/09/2025) 0 comments
IMG-20250926-WA0042

KUALA LUMPUR – Program jalan kaki popular, ‘Jom Jalan with NPC 2025’ kembali lagi dengan edisi kedua yang bakal berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 29 November depan.

Acara anjuran Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) dengan kerjasama Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan (FTAA) itu menampilkan dua kategori utama iaitu 10 kilometer (km) jalan kaki kompetitif serta 5km fun walk.

Bagi kategori 10km, ia dibahagikan kepada Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka serta Remaja Lelaki dan Perempuan berusia 13 hingga 17 tahun.

FTAA turut menjadikan kejohanan ini sebagai medan pencarian bakat baharu untuk diserap ke Sukan Malaysia (Sukma) Selangor tahun depan.

Presiden NPC, Datuk Ahirudin Attan berkata, penganjuran tersebut bukan sekadar menekankan gaya hidup sihat malah berfungsi sebagai platform melahirkan bakat pelapis.

“Lebih penting, kami mahu melihat pengamal media dan pelbagai pihak berkumpul untuk tujuan baik. Sambil memupuk gaya hidup sihat, kita juga mengangkat martabat industri media dan warga di dalamnya.

“Kami berharap ‘Jom Jalan’ akan berkembang menjadi acara ikonik pada masa hadapan,” katanya.

Edisi sulung tahun lalu di lokasi sama berjaya menarik penyertaan lebih 300 peserta daripada pelbagai latar belakang.

Untuk tahun ini, NPC menyasarkan jumlah penyertaan yang lebih besar dengan hadiah wang tunai serta pingat menanti para pemenang kategori kompetitif. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kerajaan percepat projek pemulihan pasca banjir di Sabah – Anwar
Next: Layar koyak tak gugat misi Global Sumud Flotilla ke Gaza

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by