Skip to content
21/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

Layar koyak tak gugat misi Global Sumud Flotilla ke Gaza

Panya Isamael 26/09/2025 (Last updated: 26/09/2025) 0 comments
InCollage_20250926_180511059


KUALA LUMPUR – Semangat kental dan perpaduan menjadi kunci apabila pasukan Global Sumud Flotilla tetap meneruskan pelayaran ke Gaza meskipun salah sebuah bot layar mengalami kerosakan akibat serangan dron Israel pada 24 September lalu.

Menurut aktivis, Zainal Rashid Ahmad, layar bot berkenaan koyak akibat kesan stan grenade Israel, namun situasi itu tidak melemahkan moral kumpulan terbabit.

“Ketika semua bot layar berlabuh sehari di Grete, Greece, kami mengambil kesempatan untuk melakukan pembaikan.

"Suasana cukup harmoni kerana pelayar yang mahir dalam bidang tertentu akan bergerak ke bot-bot bermasalah bagi menawarkan kepakaran mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Bagaimanapun, jelasnya, layar yang koyak itu tidak dapat dibaiki.

Seorang pelayar dari Norway yang pernah dua kali mengelilingi dunia mencadangkan kaedah alternatif dengan merendahkan layar kedua dan memberi keutamaan pada layar pertama.

“Tak ada masalah dalam cuaca sekarang. Teruskan dengan cara layar rendah, kita akan sampai ke Gaza,” ujarnya.

Tambahnya, hari yang cerah serta semangat muhibah antara pelayar pelbagai bangsa menjadi bukti penyatuan mereka dalam menjayakan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit: FB ZRA Strim

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Jom Jalan with NPC 2025 kembali 29 November ini
Next: AOCSTW 2025: Terengganu sedia jadi hos pelajar Muslim ASEAN

Related Stories

Azmi
  • NASIONAL

Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula

Panya Isamael 21/07/2026 0
Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur PSKT - Pameran Agensi Atom Malaysia
  • NASIONAL

LEBIH 20,000 SERBU MINGGU SAINS NEGARA DI TERENGGANU

Panya Isamael 21/07/2026 0
koperasi Malaysia
  • NASIONAL

IAI Rawa Aopa, koperasi Malaysia jalin kerjasama perkasa penyelidikan

Panya Isamael 20/07/2026 0

TERKINI

  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
  • Rodney calon 10 pertahanan terbaik Liga M
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by