Skip to content
21/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

AOCSTW 2025: Terengganu sedia jadi hos pelajar Muslim ASEAN

Panya Isamael 27/09/2025 (Last updated: 28/09/2025) 0 comments
Screenshot_20250928_081944




KUALA NERUS – Tiga hari menjelang berlangsungnya South East Asia Olympiad Championship & Sustainable Tourism Workshop (AOCSTW) 2025, pihak penganjur terus giat melakukan koordinasi bagi memastikan kelancaran acara yang bakal menghimpunkan pelajar Muslim dari empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Kemboja.

Koperasi Homestay Teluk Ketapang selaku penganjur utama semalam mengadakan pertemuan bersama pelbagai pihak berkepentingan di Akasia Ballroom, pejabat pentadbiran daerah di sini, sebagai persiapan akhir sebelum program itu berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula 29 September hingga 2 Oktober 2025.

Mesyuarat itu turut dihadiri YM Tengku Mohd Hafiz Tengku Heng, Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus; Asisten Superintenden Polis (ASP) Tuan Hadi dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu; Datuk Musa selaku Presiden PATA Malaysia Chapter; wakil Jabatan Pelancongan Negeri, Suriati Ali; Timbalan Pengarah Politeknik Hulu Terengganu, Dr. Abu Bakar; wakil Jabatan Kesihatan Negeri, Nur Haizan serta En. Jefri dari Urusetia Penerangan Darul Iman Terengganu.

Menurut YM Tengku Mohd Hafiz, semua agensi kerajaan diminta memberikan kerjasama penuh dalam memastikan penganjuran tidak mengecewakan para tetamu dan peserta.

“Berikan senyuman serta layanan mesra kepada semua delegasi seiring dengan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2025.

"Pihak polis juga perlu memastikan keselamatan dan keselesaan sepanjang acara berlangsung, manakala Jabatan Kesihatan diminta memantau kualiti makanan yang disediakan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azmi Abdul Aziz berkata, majlis perasmian AOCSTW akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KETENGAH, Azan Ismail di SMK Ibrahim Fikri, manakala majlis penutupan akan dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor UMT di Dewan Jubilee Perak, Kuala Nerus.

“Kami sudah dimaklumkan agar menyediakan 11 buah bas dan dua van untuk kegunaan peserta, termasuk bas Jabatan Pendidikan Negeri bagi menjemput guru serta pelajar Thailand dari lokasi yang ditetapkan. Semua tuan rumah diminta memastikan bilik penginapan diperiksa dengan teliti sebelum menerima tetamu,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Pikiran Rakyat/PRMN/Kabar Sleman/Indra Yosef

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Layar koyak tak gugat misi Global Sumud Flotilla ke Gaza
Next: FAM buat rayuan keputusan FIFA isu pemain warisan

Related Stories

Andrew Yap
  • SUKAN

Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP

Solomon 21/07/2026 0
singapura bola sepak
  • SUKAN

Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda

Solomon 21/07/2026 0
Rodney Celvin
  • SUKAN

Rodney calon 10 pertahanan terbaik Liga M

Solomon 21/07/2026 0

TERKINI

  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
  • Rodney calon 10 pertahanan terbaik Liga M
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by