Skip to content
31/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

FAM buat rayuan keputusan FIFA isu pemain warisan

Panya Isamael 27/09/2025 (Last updated: 27/09/2025) 0 comments
InCollage_20250927_085004299

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu melibatkan pemain warisan negara.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya menerima keputusan rasmi daripada FIFA namun menegaskan bahawa segala proses pendaftaran pemain berkenaan telah dilakukan secara telus serta mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“FAM dan pemain-pemain terbabit telah bertindak dengan niat baik serta penuh ketelusan sepanjang proses ini. Malah, FIFA sebelum ini telah meneliti kelayakan mereka dan memberikan pengesahan rasmi bahawa layak mewakili Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, FAM akan menggunakan semua saluran serta prosedur perundangan yang ada bagi memastikan kepentingan pemain dan skuad kebangsaan sentiasa dipelihara.

“FAM kekal komited untuk mematuhi peraturan antarabangsa, bertindak dengan tegas serta mempertahankan integriti bola sepak negara. Kami juga akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Malaysia dan pihak berkepentingan bagi memastikan proses yang dijalankan telus, adil dan berlandaskan semangat kesukanan,” katanya.

Beliau menambah, sebarang perkembangan lanjut mengenai proses rayuan dan langkah susulan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tujuh pemain berkenaan adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Hasil semakan, Jawatankuasa Disiplin FIFA memutuskan FAM perlu membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala pemain diarakan membayar denda CHF2,000 (sekitar RM10,000). - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: AOCSTW 2025: Terengganu sedia jadi hos pelajar Muslim ASEAN
Next: ‘Little Pakistan’ di Chow Kit disapu bersih Imigresen

Related Stories

Kuching City
  • SUKAN

Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC

Solomon 29/10/2026 0
ZK Racing
  • SUKAN

Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang

Solomon 29/10/2026 0
CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0

TERKINI

  • 54 keluarga mangsa banjir Nepal-Tibet masih menanti bantuan khas
  • MAPIM EXTENDS CONDOLENCES TO VICTIMS, FAMILIES OF SPAIN TRAIN CRASH
  • 47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU
  • KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN
  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by