YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera Bersama YAB Perdana Menteri di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan, Sabah. 2 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require
SANDAKAN – Kerajaan Madani tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebaliknya mempergiat usaha mempercepatkan pelaksanaan projek infrastruktur termasuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta pembinaan jeti baharu di Pangkalan TLDM Sandakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen itu dizahirkan ketika beliau menyantuni warga ATM di Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) di sini, hari ini.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada pegawai dan anggota ATM yang sentiasa menjadi benteng utama dalam mempertahankan keamanan serta kedaulatan negara.
“Jasa dan pengorbanan kalian adalah tiang seri pertiwi yang tidak ternilai, dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan bangsa,” katanya enerusi Facebook pada Sabtu.
Anwar berkata, kerajaan turut komited memperkukuh aset pertahanan negara dengan teknologi terkini agar ATM kekal ampuh menghadapi cabaran keselamatan serantau dan global.
Perdana Menteri turut menyeru semua pegawai dan anggota agar memperkukuh penguasaan teknologi baharu serta memperluas kerjasama dengan pelbagai pihak demi meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi warga ATM dan keluarga.
Pada masa sama, Anwar menasihatkan Kementerian Pertahanan supaya memastikan setiap perbelanjaan dilakukan secara telus, berhemah dan bebas daripada ketirisan.
“Kekuatan pertahanan negara bukan hanya terletak pada aset dan anggota, tetapi turut bergantung pada integriti pengurusan,” katanya. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - FB Anwar Ibrahim