Skip to content
31/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

MCW sokong penuh FAM pertahan pemain warisan

Panya Isamael 27/09/2025 (Last updated: 27/09/2025) 0 comments
IMG_20250927_115150



KUALA LUMPUR - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menzahirkan sokongan penuh terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung isu penggantungan beberapa pemain warisan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, tindakan FIFA itu difahamkan dibuat selepas menerima laporan rasmi daripada beberapa persekutuan lain dan susulan semakan terhadap dokumen asal-usul pemain terbabit.

“Pada tahap ini, kami menyeru semua pihak memberi ruang kepada FAM serta pihak berkuasa berkaitan untuk mengemukakan hujah bagi mempertahankan pendirian Malaysia.

“Adalah penting proses ini dilaksanakan secara adil, telus dan bersandarkan bukti yang sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MCW kekal komited terhadap integriti dan akauntabiliti dalam bola sepak negara, selain yakin Malaysia mempunyai asas kukuh untuk mempertahankan kedudukan.

“Kami juga menggalakkan semua penyokong agar bertenang serta terus bersatu sementara proses rayuan diteruskan,” ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan FAM dan tujuh pemain warisan negara dikenakan tindakan tegas oleh FIFA selepas melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Tujuh pemain berkenaan adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Hasil semakan, Jawatankuasa Disiplin FIFA memutuskan FAM perlu membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala pemain diarakan membayar denda CHF2,000 (sekitar RM10,000). - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kerajaan Madani janji tidak abaikan kebajikan anggota ATM
Next: Melaka kekal tarikan pelabur antarabangsa

Related Stories

Kuching City
  • SUKAN

Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC

Solomon 29/10/2026 0
ZK Racing
  • SUKAN

Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang

Solomon 29/10/2026 0
CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0

TERKINI

  • 54 keluarga mangsa banjir Nepal-Tibet masih menanti bantuan khas
  • MAPIM EXTENDS CONDOLENCES TO VICTIMS, FAMILIES OF SPAIN TRAIN CRASH
  • 47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU
  • KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN
  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by