Skip to content
14/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Melaka kekal tarikan pelabur antarabangsa

Panya Isamael 28/09/2025 (Last updated: 28/09/2025) 0 comments
FB_IMG_1759018359943

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa sesi libat urus Belanjawan 2026 bersama pemain industri dan penggerak sektor pelancongan dan pembuatan di Melaka. 27 September 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may r



MELAKA – Malaysia tidak boleh hanya bergantung kepada teori ekonomi klasik semata-mata dalam merencana dasar negara, sebaliknya ia perlu disulam dengan hikmah dan ihsan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tokoh ekonomi seperti Adam Smith dan John Maynard Keynes boleh dijadikan rujukan, namun pendekatan negara harus bersifat inklusif serta berpaksikan kepentingan rakyat.

“Dalam merencana dasar dan kebijakan ekonomi negara, kita tidak seharusnya terpukau, malah terikat dengan economic prescription teori ekonomi semata. Ia mesti disulam dengan hikmah dan ihsan agar aspek kesejahteraan rakyat tercakup dengan mantap,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Anwar berkata demikian sejurus tiba dari Sandakan untuk menghadiri sesi wacana Belanjawan 2026 bersama pemain industri dan penggerak sektor pelancongan serta pembuatan di Melaka, semalam.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menekankan isu penstrukturan semula subsidi, khususnya harga petrol RON95 dengan kaedah lebih bersasar.

“Kerajaan berusaha memastikan warga yang memerlukan subsidi tidak ada alasan untuk tidak menikmatinya, sekali gus mencantas ketirisan dan kebocoran dana awam,” ujarnya.

Beliau berkata, meskipun Malaysia berdepan cabaran ekonomi global yang tidak menentu, kestabilan politik dan keyakinan pelabur asing membolehkan negara mencatat pertumbuhan mampan, khususnya dalam sektor E&E, semikonduktor, digital dan tenaga baharu.

Katanya, Melaka kekal sebagai negeri yang berada di barisan hadapan dalam menarik minat pelabur antarabangsa.

Menyentuh aspek geopolitik, Anwar menegaskan Malaysia tidak pernah berganjak daripada prinsip tegas dalam isu Palestin walaupun ada kuasa besar, termasuk Amerika Syarikat, yang tidak berkongsi pendirian sama.

“Malaysia sebagai negara berdagang tidak seharusnya menutup pintu ruang dagang hanya kerana perbezaan politik atau dasar luar. Kebijaksanaan menyeimbangkan pendirian moral dengan kepentingan ekonomi adalah kayu ukur utama,” katanya.

Tambah beliau, kemampuan Malaysia mengekalkan keseimbangan inilah yang menjadikan suara negara kecil ini lantang dan tegas di pentas antarabangsa. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FB Anwar Ibrahim

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: MCW sokong penuh FAM pertahan pemain warisan
Next: PTPTN terus perkukuh budaya menabung melalui BMS 2025

Related Stories

dr kamari
  • NASIONAL

Empat taman, satu muafakat semarak Jelajah Merdeka Perpaduan KRT

Panya Isamael 14/09/2026 0
kemalangan bomba
  • NASIONAL

Tiga maut, dua cedera kemalangan dua kenderaan

Arisna Wiguna 14/09/2026 0
6d2d7a2b-cb50-40be-9bec-6d2d733bb004
  • NASIONAL

Indonesia ungguli SEAOCSTW 2026

Solomon 14/09/2026 0

TERKINI

  • Empat taman, satu muafakat semarak Jelajah Merdeka Perpaduan KRT
  • Buriram perlu tahap tertinggi untuk tewaskan JDT
  • Tiada alasan, Xisco mahu JDT tamatkan badi Buriram
  • Lelaki maut tersepit bawah jentolak
  • Tiga maut, dua cedera kemalangan dua kenderaan
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by