Skip to content
21/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

PTPTN terus perkukuh budaya menabung melalui BMS 2025

Panya Isamael 28/09/2025 (Last updated: 28/09/2025) 0 comments
IMG-20250928-WA0000

SHAH ALAM – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh budaya penabungan apabila melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025 bersempena sambutan Hari Tabungan Sedunia yang diraikan setiap 31 Oktober.

Majlis pelancaran peringkat nasional yang berlangsung di Central i-City Mall di sini semalam telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Anesee Ibrahim.

BMS yang memasuki edisi kelapan sejak 2018 itu berlangsung mulai 26 September hingga 2 November depan dengan pelbagai aktiviti dianjurkan serentak di lokasi terpilih seluruh negara.

Mengangkat tema Pengembaraan (Adventures) dengan tagline “Jom Jadi Superhero Anak Anda”, program itu dilihat signifikan sebagai simbol kasih sayang, tanggungjawab dan harapan ibu bapa dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak.

Antara aktiviti yang ditawarkan termasuk Pertandingan Mewarna, Pertandingan Action Song, PTPTN Esport Challenge serta Baby Merangkak Race. Orang ramai yang membuat penabungan Simpan SSPN di kaunter PTPTN berpeluang menerima cenderahati eksklusif BMS 2025.

Menurut Dr. Anesee, penabungan untuk pendidikan tinggi adalah pelaburan jangka panjang yang amat penting.

“Dalam menghadapi kos pendidikan yang semakin meningkat, menabung dari awal ialah satu persediaan bijak dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Sehingga 31 Ogos lalu, jumlah deposit Simpan SSPN mencecah RM22.31 bilion dengan 7.09 juta akaun dibuka. Tahun ini, PTPTN menyasarkan terimaan deposit Simpan SSPN sebanyak RM220 juta sepanjang BMS 2025.

Simpan SSPN turut menawarkan keistimewaan seperti pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful, Geran Sepadan percuma sehingga RM10,000, dividen kompetitif, patuh syariah serta simpanan yang dijamin kerajaan.

Turut diadakan sempena pelancaran itu ialah penyampaian sijil penghargaan kepada rakan strategik BMS 2025 serta hadiah kepada pemenang Pertandingan Action Song peringkat kebangsaan.

PTPTN menegaskan komitmen untuk terus meningkatkan kesedaran masyarakat agar menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman pendidikan tinggi. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Melaka kekal tarikan pelabur antarabangsa
Next: Selangor kekal juara Piala Sultan Selangor 2025

Related Stories

Azmi
  • NASIONAL

Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula

Panya Isamael 21/07/2026 0
Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur PSKT - Pameran Agensi Atom Malaysia
  • NASIONAL

LEBIH 20,000 SERBU MINGGU SAINS NEGARA DI TERENGGANU

Panya Isamael 21/07/2026 0
koperasi Malaysia
  • NASIONAL

IAI Rawa Aopa, koperasi Malaysia jalin kerjasama perkasa penyelidikan

Panya Isamael 20/07/2026 0

TERKINI

  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
  • Rodney calon 10 pertahanan terbaik Liga M
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by