Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Lima kedai makan di Flat PPR Kota Damansara musnah dijilat api

Panya Isamael 19/09/2025 (Last updated: 19/09/2025) 0 comments
IMG-20250919-WA0010 (1)

Petugas bomba memadamkan kebakaran di Kota Damansara, hari ini. Foto IHSAN BOMBA


PETALING JAYA – Lima buah kedai makan di Flat PPR Kota Damansara di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.06 petang sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh tiba di lokasi kira-kira 14 minit kemudian.

“Kebakaran pada mulanya melibatkan sebuah kedai makan berkeluasan 20 x 40 kaki persegi dengan kemusnahan 80 peratus, namun api pantas merebak sehingga memusnahkan lima buah kedai berkeluasan 50 x 50 kaki persegi setiap satu.

“Anggaran kemusnahan kedai terlibat adalah 100 peratus,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, kebakaran turut melibatkan lima buah kenderaan iaitu sebuah kereta Proton Saga yang terbakar 20 peratus, Proton Wira (60 peratus) dan tiga buah motosikal yang musnah kira-kira 50 peratus setiap satu.

Seramai 28 anggota dari BBP Sungai Buloh dengan bantuan BBP Damansara, Petaling Jaya dan Hartamas bersama sembilan jentera termasuk tiga FRT, tiga EMRS, tiga RIM serta sebuah tangki air digegaskan ke lokasi.

“Api dapat dikawal pada jam 6.24 petang dan operasi pemadaman masih diteruskan bagi memastikan tiada lagi punca api tertinggal,” katanya.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – DETIK MALAYSIA

Kredit Foto - IHSAN BOMBA SELANGOR

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Jalan sekitar KL Ditutup, lencongan sempena Larian Sarong Music Run
Next: Kancil diaibkan, Devan akui import gagal beri impak

Related Stories

Manivannan
  • NASIONAL

Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting

Solomon 28/10/2026 0
Dr R Manivannan - Foto: Bernama
  • NASIONAL

54 MALAYSIANS STILL MISSING, MASFIH TO MEET HUMAN RESOURCES MINISTER TOMORROW

Solomon 27/10/2026 0
upsi
  • NASIONAL

UPSI terima pengiktirafan MBOR menerusi program keluarga angkat

Solomon 26/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by