Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Liridon Krasniqi anggap keputusan FIFA tidak adil, seru rakyat bersatu

Panya Isamael 01/10/2025 (Last updated: 01/10/2025) 0 comments
liridon-malaysia-2

KUALA LUMPUR – Pemain tengah naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi tampil bersuara lantang susulan keputusan mengejut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dianggap menzalimi skuad kebangsaan.

Dalam kenyataan penuh emosi di media sosial, Liridon menyifatkan keputusan badan induk bola sepak dunia itu sebagai tidak adil dan tidak menghormati usaha Malaysia dalam membangunkan pasukan kebangsaan.

“Apa yang berlaku sekarang bukan sahaja tidak adil, malah tidak menghormati Malaysia, pemain, penyokong serta bertahun-tahun kerja keras yang dilakukan secara telus mengikut setiap peraturan,” katanya.

Menurut Liridon, semua proses melibatkan pemain warisan telah dipatuhi dengan kerjasama kerajaan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FIFA sendiri.

Katanya, kelulusan telah pun diberikan sebelum keputusan mengejut itu dibuat.

“Malaysia lakukan semuanya dengan betul. Setiap dokumen, setiap prosedur, setiap langkah telah dipenuhi. Mengapa tiba-tiba ia berubah? Siapa yang tentukan?” soal pemain kelahiran Kosovo itu.

Beliau menegaskan isu berkenaan bukan lagi soal teknikal, sebaliknya melibatkan maruah dan integriti negara, selain mendakwa kebangkitan Harimau Malaya mula menimbulkan rasa gentar pihak tertentu.

Dalam masa sama, Liridon turut menzahirkan penghargaan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas peranan besar baginda merevolusikan bola sepak tanah air.

“Tiada semua kemajuan ini tanpa visi dan usaha baginda. Saya sendiri tahu betapa seriusnya beliau terhadap liga dan pasukan kebangsaan,” ujarnya.

Namun, pemain yang mesra digelar Matdon itu meluahkan rasa kecewa apabila melihat perpecahan dalam kalangan rakyat ketika negara memerlukan kesatuan.

“Sekarang adalah masa untuk kita bersatu. Pemain, peminat, media, kerajaan dan seluruh rakyat. Jangan tunduk kepada ketidakadilan. Jangan biarkan tekanan luar menghentikan kebangkitan Malaysia,” tegasnya.

Liridon menutup kenyataannya dengan penuh semangat patriotik:

“Kita lawan bersama kerana kita Malaysia. Berani Kerana Benar.” - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FAM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Ibu bapa mengadu sekolah antarabangsa gagal tunai janji
Next: JPJ sita SUV guna nombor pendaftaran palsu

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by