Skip to content
22/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

SOJC 2025 : Semangat luar biasa India

Panya Isamael 10/10/2025 (Last updated: 10/10/2025) 0 comments
8fc3f649-1304-4cc6-8513-0c23b9e29c84

KUALA LUMPUR - India hadir dengan semangat luar biasa hasil gabungan pemain berpengalaman dan bakat muda untuk mencabar kejuaraan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2025 di Taman Daya bermula Sabtu.

Skuad 'Blue Shirts' mahu menebus kekecewaan edisi lalu apabila terlepas pentas final dan terpaksa berpuas hati di tempat ketiga untuk membawa pulang pingat gangsa.

Malah skuad bimbingan PR Sreejesh serius mempersiapkan pasukan apabila menjalani siri aksi persahabatan di Eropah.

“Kami menamatkan saingan di tempat ketiga tahun lalu dan agak kecewa kerana gagal layak ke final. Tahun ini, pasukan telah mengadakan jelajah Eropah yang baik sebagai persiapan ke Piala Dunia,” katanya.

Juara tiga kali itu akan memulakan kempen di Stadium Hoki Johor menentang Great Britain pada 11 Oktober, diikuti perlawanan menentang New Zealand keesokkannya.

Mereka kemudian bakal berdepan musuh tradisi Pakistan pada 14 Oktober, Australia (15 Oktober), sebelum menutup saingan pusingan awal menentang tuan rumah, Malaysia pada 17 Oktober.

Dua pasukan terbaik bakal mara ke perlawanan akhir pada 18 Oktober ini.

Sreejesh yang juga bekas penjaga gol dan kapten skuad senior hoki lelaki India mengakui prestasi dalam saingan SOJC kali ini akan memberi gambaran sebenar tahap kekuatan pasukannya menjelang Piala Dunia Remaja akhir tahun ini.

Beliau juga mengakui tidak melakukan banyak perubahan dalam pasukan apabila menyandarkan harapan kepada pemain senior, selain mengekalkan pemain yang pernah beraksi di SOJC musim lalu sambil memanggil beberapa muka baharu.

“SOJC 2025 ini dilihat sebagai pentas pemanas badan menuju ke Piala Dunia. Pasukan yang bertanding mendapat peluang aksi berkualiti, mencuba perkara baharu serta memberi ruang kepada pemain muda. Program bawah 21 tahun ini dianggap sebagai pelaburan masa depan,” katanya.

India bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia Remaja Hoki Lelaki FIH 2025 di Stadium Hoki Mayor Radhakrishnan di Chennai dan Madurai, Tamil Nadu dari 28 November hingga 10 Disember 2025.

Beliau turut memuji usaha Hockey India bagi melahirkan bakat muda untuk pembangunan jangka panjang pasukan kebangsaan.

“Hockey India memberi peluang kami membawa 24 pemain ke Eropah, mencuba kombinasi berbeza serta bermain di pelbagai venue. Ia adalah sebahagian persiapan penting ke Piala Dunia.

“Kami menggunakan setiap peluang untuk menimba pengalaman perlawanan, mencuba strategi baharu, dan menggilap bakat muda. Fokus utama ialah pembangunan jangka panjang, dan program bawah 21 tahun adalah pelaburan penting masa depan,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Tun Dr Mahathir dakwa ‘individu berpengaruh’ dalang skandal pemain naturalisasi
Next: SOJC 2025 : Great Britain selesa merendah diri

Related Stories

Andrew Yap
  • SUKAN

Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP

Solomon 21/07/2026 0
singapura bola sepak
  • SUKAN

Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda

Solomon 21/07/2026 0
Rodney Celvin
  • SUKAN

Rodney calon 10 pertahanan terbaik Liga M

Solomon 21/07/2026 0

TERKINI

  • KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar
  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by