Skip to content
22/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

SOJC 2025 : Great Britain selesa merendah diri

Panya Isamael 10/10/2025 (Last updated: 10/10/2025) 0 comments
9110824b-ccf2-4f6a-ba23-0a668ac225d6

KUALA LUMPUR - Great Britain optimis untuk mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Johor (SOJC) 2025 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya yang dijadual membuka tirai pada Sabtu.

Namun pengendalinya, Jon Bleby tetap menghormati pasukan lawan yang hadir dengan reputasi dan kekuatan tersendiri untuk memburu gelaran kejohanan tersebut.

"Kami datang dengan yakin. Saya rasa kami mempunyai pasukan yang bagus. Setiap tahun sukar diramal. Kejohanan ini menawarkan cabaran yang baik. Kami menjangkakan semua pasukan akan memberikan saingan yang sengit.

"Sejujurnya, peluang adalah seimbang, namun kami optimis. Kami mahu menang kejohanan ini, jadi kami akan melakukan segala yang mungkin untuk cuba memenanginya lagi.

"Kami membawa pasukan terkuat ke sini. Mungkin ada beberapa perubahan, tetapi ramai daripada pemain ini akan pergi ke Piala Dunia," katanya ketika ditemui selepas aksi persahabatan menentang skuad Sukan Malaysia (SUKMA) Johor pada Rabu.

Bleby yang sudah bersama pasukan itu selama enam tahun bukan nama asing dalam saingan SOJC apabila merangkul kejuaraan sebanyak empat kali iaitu pada edisi 2024, 2019, 2018 dan 2015.

Selain tuan rumah Malaysia dan Great Britain, kejohanan edisi kali ke-13 itu turut disertai Pakistan, India, New Zealand dan Australia.

Bleby turut menyenaraikan pasukan yang mampu menyekat impian kejuaraan dan memberi saingan sengit kepada Great Britain termasuk Malaysia.

"Salah satu sebab kami berbangga memenangi SOCJ sebanyak empat kali kerana ia adalah kejohanan yang sangat sukar.

"Ia bukan kejohanan yang anda boleh datang dan menang dengan mudah. Semua pasukan adalah bagus. Australia sangat kuat, begitu juga India pasukan yang hebat. Malaysia juga memberikan kami perlawanan yang sangat sukar setiap tahun," katanya.

Jurulatih berusia 46 tahun itu turut mengingatkan para pemain agar terus meningkatkan prestasi mereka menjelang kejohanan hujung minggu ini.

"Saya beritahu pemain bahawa kami perlu mula meningkatkan lagi tahap permainan. Ia akan menjadi perlawanan latihan yang hebat untuk kami bersiap sedia menghadapi kejohanan," katanya.

Dalam aksi itu, Great Britain menang 2-1 ke atas skuad remaja Johor yang dalam persiapan menuju SUKMA 2026 di Selangor tahun depan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: SOJC 2025 : Semangat luar biasa India
Next: Lelaki ugut kontraktor dengan parang diberkas

Related Stories

Andrew Yap
  • SUKAN

Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP

Solomon 21/07/2026 0
singapura bola sepak
  • SUKAN

Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda

Solomon 21/07/2026 0
Rodney Celvin
  • SUKAN

Rodney calon 10 pertahanan terbaik Liga M

Solomon 21/07/2026 0

TERKINI

  • KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar
  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by