Skip to content
22/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Lelaki ugut kontraktor dengan parang diberkas

Panya Isamael 10/10/2025 (Last updated: 10/10/2025) 0 comments
1863650

KAJANG – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mengugut seorang kontraktor binaan menggunakan sebilah parang dalam kejadian di kawasan perumahan Batu 9 Cheras, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.05 malam tadi, daripada seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun.

“Siasatan awal mendapati semasa kejadian kira-kira pukul 6.30 petang, pengadu telah dihalang oleh suspek yang menaiki kereta Honda Civic sebelum berlaku pertengkaran kecil.

“Suspek kemudian keluar dari kenderaan sambil memegang sebilah parang dan membuka pintu kereta pengadu kononnya untuk berbincang mengenai hal peribadi. Ketika itu, suspek sempat merampas telefon bimbit milik pengadu dan melarikan diri,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Naazron, mangsa bersama orang awam bertindak mengejar suspek sehingga ke Jalan Cuepacs sebelum lelaki itu berjaya ditahan.

“Hasil tangkapan, polis merampas sebilah parang panjang dan sebuah kereta yang digunakan suspek. Telefon bimbit mangsa berjaya dijumpai semula namun dalam keadaan pecah dipercayai dicampak suspek semasa kejadian,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada masalah peribadi antara suspek dan isteri pengadu.

“Suspek berusia 29 tahun dan merupakan penganggur itu mempunyai dua rekod jenayah lampau. Dia kini direman selama empat hari bermula 10 hingga 13 Oktober bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Redzuan Jahuri di talian 019-2153937 atau mana-mana balai polis berhampiran. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: SOJC 2025 : Great Britain selesa merendah diri
Next: Pavilion Damansara Heights meriah dengan kempen Pink October bersama Bhūmi

Related Stories

Koperasi HTK
  • NASIONAL

KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar

Arisna Wiguna 21/07/2026 0
Azmi
  • NASIONAL

Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula

Panya Isamael 21/07/2026 0
Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur PSKT - Pameran Agensi Atom Malaysia
  • NASIONAL

LEBIH 20,000 SERBU MINGGU SAINS NEGARA DI TERENGGANU

Panya Isamael 21/07/2026 0

TERKINI

  • KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar
  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by