Skip to content
02/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Pavilion Damansara Heights meriah dengan kempen Pink October bersama Bhūmi

Panya Isamael 10/10/2025 (Last updated: 10/10/2025) 0 comments
IMG 2

KUALA LUMPUR – Pavilion Damansara Heights meraikan bulan kesedaran kanser payudara dengan penganjuran kempen kesihatan dan kesejahteraan dua hari bersama kolektif kecergasan Bhūmi baru-baru ini, bagi menyokong usaha Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA).

Kempen bertemakan Pink October itu menggabungkan aktiviti kecergasan, pendidikan dan kesejahteraan holistik bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat sambil menyumbang kepada tujuan kebajikan.

Acara hari pertama dimulakan dengan sesi Pilates interaktif di Studio Bhūmi, termasuk bengkel khas Pink Pilates Heart: Pilates for Breast Cancer Recovery yang dikendalikan oleh jurulatih terkenal, Aeryn Chong dan Bill Wong.

Hari kedua pula menampilkan siri ceramah kesihatan, bengkel dan aktiviti kesejahteraan yang meliputi kepimpinan berempati, kesedaran pemeriksaan payudara sendiri, pemakanan untuk penyembuhan serta ketahanan mental dalam proses pemulihan. Aktiviti turut diserikan dengan sesi Pilates, senaman badan serta terapi bunyi (sound healing).

Ketua Pegawai Eksekutif (Runcit) Pavilion Malls, Datuk Joyce Yap berkata, pihaknya komited menggunakan ruang dan platform Pavilion untuk memperkukuh semangat komuniti melalui program yang bermakna.

“Kempen Pink October ini mencerminkan komitmen kami dalam memperjuangkan kesihatan wanita, di samping memupuk ketabahan, solidariti dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Kempen tersebut turut menyediakan pemeriksaan kesihatan asas, klinik inflasi BCWA untuk penilaian kendiri, ruang bergambar percuma serta beg cenderamata eksklusif buat peserta.

Menariknya, lebih 30 penunggang Harley-Davidson berpakaian merah jambu turut menyertai konvoi dari Harley-Davidson Ampang ke Pavilion Damansara Heights, sebelum melakukan perarakan simbolik selama 15 minit di sekitar kawasan itu sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan pesakit kanser payudara.

Pengasas Bhūmi, Ashley Chong Li Lei, berkata inisiatif itu bukan sekadar program kecergasan, sebaliknya bertujuan memperkasa individu melalui pergerakan dan sokongan komuniti.

“Melalui program Pink Pilates Heart, kami ingin menyemai kekuatan, keyakinan dan semangat penyembuhan dalam setiap perjalanan pemulihan,” ujarnya.

Kempen Pink October anjuran Pavilion Damansara Heights dan Bhūmi bukan sahaja berjaya mengumpul dana serta meningkatkan kesedaran untuk BCWA, malah membuktikan bahawa perpaduan komuniti mampu memberi impak bermakna dalam memperjuangkan kesihatan wanita dan kesejahteraan masyarakat. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Lelaki ugut kontraktor dengan parang diberkas
Next: Bas ekspres terbabas, satu maut, 18 cedera

Related Stories

Nepal_galsier_landlslide
  • PELBAGAI

54 Malaysians still missing, no deaths officially confirmed – MASFIH

Panya Isamael 01/11/2026 0
IMG-20261030-WA0023
  • PELBAGAI

47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU

Arisna Wiguna 30/10/2026 0
azmi
  • PELBAGAI

MAPIM KECAM TINDAKAN TERBALIKKAN JALUR GEMILANG DI AUSTRALIA

Panya Isamael 25/10/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by