Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Bas ekspres terbabas, satu maut, 18 cedera

Panya Isamael 11/10/2025 (Last updated: 11/10/2025) 0 comments
IMG_20251011_054747

BANGI – Seorang lelaki maut manakala 18 lagi cedera selepas sebuah bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda di Kilometer 293.4 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.57 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada pukul 3.15 pagi, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres terbabas sendiri sebelum melanggar tiang papan tanda.

“Terdapat 19 orang mangsa termasuk pemandu bas. Seorang mangsa lelaki berusia 59 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), manakala 18 mangsa lain cedera dan sedang menerima rawatan oleh pihak KKM dan Unit EMRS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tiga mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba pada pukul 3.48 pagi, manakala selebihnya keluar sendiri sebelum pasukan bomba tiba.

Tambahnya, operasi menyelamat diketuai oleh PBK II Shamsul Faizal Mokhtar dari BBP Bangi dengan kekuatan 18 anggota melibatkan bantuan daripada BBP Seri Kembangan dan BBP KLIA bersama enam jentera termasuk FRT dan EMRS. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Ihsan Bomba Selangor

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Pavilion Damansara Heights meriah dengan kempen Pink October bersama Bhūmi
Next: Rogol pelajar Tingkatan 3: Empat calon SPM direman enam hari

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by