Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

ADUN Rungkup tinjau mangsa banjir, sampaikan bantuan Nadma

Panya Isamael 29/11/2025 (Last updated: 29/11/2025) 0 comments
590404152_18541037152004886_5099386172632513002_n

BAGAN DATUK – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, turun padang meninjau keadaan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks UMNO Bagan Datuk semalam.

Menurutnya, suasana di PPS jelas memperlihatkan wajah-wajah letih mangsa yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing akibat bencana itu.

“Ada yang risau tentang keselamatan keluarga, ada yang bimbang tentang rumah yang ditinggalkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan kit bencana daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) kepada mangsa bagi meringankan beban mereka.

Selesai di PPS, beliau bersama Ketua Pegawai Khas Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Haji Khairuddin Tarmizi, dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Nazrul Fazami Mohamad, meninjau tapak pam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Bagan Rungkup.

Di lokasi itu, mereka diberi taklimat oleh petugas JPS, Zamalulail, yang bertugas tanpa henti siang dan malam bagi memastikan pam air berfungsi sepenuhnya.

Menurut Zamalulail, pam tersebut mampu menyedut 1,000 liter air sesaat, sekali gus membantu mempercepatkan aliran keluar air banjir.

Shahrul Zaman berharap situasi banjir segera pulih dan semua mangsa dapat pulang ke rumah masing-masing dengan selamat.

“Semoga banjir segera reda. Doa kami sentiasa bersama kalian. Ameen,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Facebook Shahrul Zaman

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Shamsul Iskandar direman enam hari
Next: 4,463 mangsa di Selangor masih berada di PPS

Related Stories

MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by