Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Shamsul Iskandar direman enam hari

Panya Isamael 29/11/2025 (Last updated: 29/11/2025) 0 comments
Untitled

PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin direman selama enam hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan dakwaan rasuah.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Fatin Muneerah Sofian dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

SPRM menjalankan siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009, melibatkan kesalahan meminta, menerima atau bersetuju menerima rasuah, selain kesalahan memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan secara rasuah.

Peguam Yusmadi Yusoff yang mewakili Shamsul Iskandar berkata, mahkamah memberikan tempoh enam hari selepas mempertimbangkan aspek kesihatan anak guamnya.

“Pihak pendakwa SPRM memohon tujuh hari, namun selepas meneliti hujah serta laporan perubatan yang kami kemukakan daripada Institut Jantung Negara (IJN), mahkamah memutuskan tempoh enam hari tahanan reman.

“Shamsul Iskandar memerlukan rawatan untuk masalah jantung, kencing manis dan darah tinggi,” katanya ketika ditemui selepas prosiding.

Menurut Yusmadi, pihaknya berharap siasatan dapat diselesaikan segera seperti yang dinyatakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, sebelum ini.

Beliau berkata, Shamsul Iskandar memberikan kerjasama penuh sepanjang dipanggil SPRM, malah tindakan melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri menunjukkan komitmennya untuk membersihkan nama.

“Dakwaan kononnya beliau letak jawatan kerana bersalah adalah tidak benar,” tegasnya.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan, ahli perniagaan Albert Tei turut direman enam hari bermula hari ini. Semalam, Azam Baki mengesahkan Tei adalah individu paling penting dalam siasatan kes berkenaan.

Seorang lagi individu, Sofia Rini Buyong, sudah direman empat hari bermula semalam hingga Isnin ini. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - IHSAN NST TV

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: MetMalaysia tamatkan amaran hujan berterusan
Next: ADUN Rungkup tinjau mangsa banjir, sampaikan bantuan Nadma

Related Stories

azmi
  • PELBAGAI

MAPIM KECAM TINDAKAN TERBALIKKAN JALUR GEMILANG DI AUSTRALIA

Panya Isamael 25/10/2026 0
Nor Saiful Zaini Nasirrudin
  • PELBAGAI

YOUNG TIGERS KE FINAL, NOR SAIFUL ANGGAP AKSI PENUH DRAMA

Panya Isamael 22/10/2026 0
hijab azerbaijan
  • PELBAGAI

Mapim urges Azerbaijan to lift hijab restrictions in schools

Arisna Wiguna 18/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by