Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Alavés mula cari pengganti Garces

Panya Isamael 28/12/2025 (Last updated: 28/12/2025) 0 comments
538283881_18528119905027083_3838066384226618527_n

KUALA LUMPUR – Kelab LaLiga, Deportivo Alavés dilaporkan sudah mula menyusun pelan kecemasan bagi mencari pengganti pertahanan tengah, Facundo Garces, susulan kebimbangan terhadap kekurangan pilihan di benteng pertahanan pasukan itu.

Menurut laporan media Sepanyol, Estadio Deportivo, situasi tersebut semakin meruncing walaupun Nahuel Tenaglia dan Jon Pacheco ketika ini menjadi pilihan utama di posisi pertahanan tengah.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Alavés, Eduardo Coudet dikatakan kekurangan pemain pelapis yang benar-benar diyakini, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengurusan kelab.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan status Garces yang masih menjalani penggantungan FIFA, sementara menunggu keputusan muktamad Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Kes berkenaan membabitkan Garces bersama enam lagi pemain Malaysia yang dibawa ke CAS susulan rayuan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pihak Alavés bimbang kekurangan pilihan di posisi pertahanan tengah boleh menjerumuskan pasukan ke dalam zon penyingkiran, lebih-lebih lagi ketika saingan liga memasuki fasa kritikal.

Ketika ini, Alavés mengumpul 18 mata dan hanya dipisahkan tiga mata daripada Girona yang berada di zon penyingkiran di kedudukan ke-18 dengan 15 mata hasil 17 perlawanan.

Sebarang ketiadaan pemain utama dalam tempoh panjang dikhuatiri memberi kesan besar terhadap prestasi pasukan di kelompok bawahan liga.

Keputusan CAS melibatkan tujuh pemain termasuk Garces serta FAM dijangka diketahui sebelum aksi antarabangsa Malaysia menentang Vietnam pada Mac 2026, yang berpotensi memberi implikasi besar kepada kelab dan skuad kebangsaan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Deportivo Alaves

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ‘Kami tidak ucap maaf, kami bangga’ – Rakphol
Next: Menara komunikasi terbakar, liputan telekomunikasi terjejas di Kuala Kangsar

Related Stories

jihin hirata
  • SUKAN

Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata

Solomon 26/08/2026 0
MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by