Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

‘Kami tidak ucap maaf, kami bangga’ – Rakphol

Panya Isamael 28/12/2025 (Last updated: 28/12/2025) 0 comments
605526524_1577343906672173_3142560833214313842_n

NONTHABURI – Ketua jurulatih skuad futsal Bawah 19 Tahun (B-19) negara, Rakphol Sainetngam memilih rasa bangga mengatasi kekecewaan selepas Malaysia tersingkir di separuh akhir Kejohanan Futsal B-19 ASEAN 2025 apabila tewas tipis kepada tuan rumah, Thailand menerusi penentuan sepakan penalti 7-8 selepas terikat 4-4 dalam masa sebenar dan masa tambahan.

Rakphol terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Thailand yang mara ke perlawanan akhir, sambil memberikan penghargaan tinggi kepada anak-anak buahnya yang berjuang habis-habisan menentang antara pasukan futsal terkuat di Asia.

“Pertama sekali, tahniah kepada Thailand kerana mara ke final. Dan saya mahu memuji pemain-pemain saya. Mereka bermain dengan sangat baik dan memberikan segala-galanya dalam perlawanan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.

Menurut Rakphol, kekuatan Thailand menerusi taktikal ‘power play’ menjadi cabaran terbesar buat skuad negara, memandangkan situasi sedemikian jarang dihadapi pemain dalam saingan liga B-19 tempatan.

“Ini pengalaman yang jarang kami hadapi. Dalam liga B-19 di Malaysia, situasi bertahan menentang ‘power play’ tidak banyak berlaku. Pemain teruja, sudah tentu ada rasa kecewa, tetapi mereka telah melakukan yang terbaik. Saya sangat bangga dengan setiap seorang daripada mereka,” ujarnya.

Walaupun tewas secara dramatik, Rakphol menegaskan misi skuad negara belum berakhir apabila masih berpeluang merebut tempat ketiga kejohanan.

“Ini perlawanan terakhir yang menanti kami. Tidak kira siapa lawan, kami mesti memberikan segalanya. Kami mahu membawa pulang sesuatu,” katanya.

Jurulatih kelahiran Thailand itu turut mendedahkan pendekatannya sebelum menentang tuan rumah adalah untuk mengurangkan tekanan dan memberi fokus kepada keseronokan bermain, emosi serta semangat juang, bukannya rasa takut terhadap lawan.

“Saya beritahu pemain, kita boleh kalah dengan Thailand, tetapi kita juga boleh menewaskan Thailand. Tiada tekanan. Nikmati permainan. Saya tahu dari segi kualiti kami belum setaraf Thailand, tetapi pemain mesti menikmati perlawanan dan berjuang,” jelasnya.

Rakphol turut menyentuh elemen emosi yang digunakan dalam motivasi pasukan.

“Saya bercakap tentang melakukan sesuatu yang istimewa untuk penyokong Malaysia dan keluarga mereka, ibu bapa yang menonton di rumah. Saya mahu mereka bermain dengan hati. Sebab itu saya sangat bangga,” katanya.

Beliau juga mendedahkan persiapan pasukan yang singkat, apabila skuad hanya menjalani latihan sekitar dua minggu, termasuk hanya tiga hari di Bangkok sebelum kejohanan bermula.

“Persiapan sangat singkat, tetapi mereka tetap berjuang. Kita boleh kalah, apa sahaja boleh berlaku, tetapi semangat dan daya juang tidak boleh dirunding,” tegasnya.

Mengulas masa depan futsal negara, Rakphol menekankan kepentingan pendedahan dan pengalaman buat pemain muda, di samping menyeru sokongan lebih kukuh daripada pihak berwajib.

“Thailand dan Vietnam adalah pasukan bertaraf tinggi di Asia, tetapi Malaysia juga mempunyai ramai pemain berbakat. Mereka perlukan lebih banyak kejohanan dan pendedahan. Saya harap pihak berkuasa sukan dan kerajaan dapat memberi sokongan lebih kepada pasukan kebangsaan pada masa depan,” katanya.

Rakphol tidak lupa memberi mesej penuh makna menjelang perlawanan penentuan tempat ketiga.

“Kami tidak perlu kata ‘maaf’. Hari ini, kami hanya kata kami bangga dengan anak-anak ini. Esok kami berlatih, pulih semula, kaji Vietnam dan kami akan berjuang lagi," katanya.

Malaysia dijadualkan menentang Vietnam dalam aksi penentuan tempat ketiga, berbekalkan keyakinan baharu, pengalaman berharga serta rasa bangga yang meraih penghormatan di peringkat serantau. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit -FAM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ASEAN Piala Futsal B-19 2025: Thailand singkir Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti
Next: Alavés mula cari pengganti Garces

Related Stories

jihin hirata
  • SUKAN

Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata

Solomon 26/08/2026 0
MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by