Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Ambulans PBSM langgar lampu merah, penunggang motosikal cedera parah

Panya Isamael 22/12/2025 (Last updated: 22/12/2025) 0 comments
605093533_1197979462430427_4432408822810052437_n

KUALA LUMPUR – Satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), dua buah kereta dan empat buah motosikal tular di media sosial selepas kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Usahawan 6, Setapak, di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.10 pagi dan melibatkan seorang pemandu kereta lelaki berusia 30 tahun, seorang pemandu ambulans PBSM berusia 34 tahun serta seorang penumpang lelaki berusia 24 tahun.

Beliau berkata, kemalangan itu turut membabitkan empat penunggang motosikal lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang merupakan pembonceng motosikal.

“Hasil siasatan awal mendapati sebuah kereta yang datang dari arah Wangsa Maju sedang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau.

“Pada masa sama, sebuah van ambulans PBSM yang datang dari arah Jalan Kilang telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat merah dengan siren dan lampu kecemasan diaktifkan sebelum bertembung dengan kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan rakaman video kejadian yang tular mendapati ambulans tersebut sememangnya mengaktifkan siren dan lampu mata arah, namun pemandu ambulans masih perlu memperlahankan kenderaan ketika menghampiri dan memasuki persimpangan lampu isyarat.

Akibat perlanggaran itu, van ambulans terbabas lalu melanggar beberapa buah motosikal serta sebuah kereta lain yang sedang berhenti di persimpangan berkenaan.

Mohd. Zamzuri berkata, seorang penunggang motosikal berusia 40 tahun mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang paha kanan, manakala mangsa lain hanya mengalami kecederaan ringan seperti luka dan sakit di bahagian badan.

“Seorang pemandu kereta wanita berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua mangsa telah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut beliau, ambulans PBSM berkenaan tidak membawa pesakit dan sedang dalam perjalanan untuk memberi respons bagi mengambil pesakit di kawasan PPR Gombak Setia ketika kejadian berlaku.

Tambahnya, dua penunggang motosikal terlibat masih belum membuat laporan polis kerana masih mendapatkan rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: FAM buat laporan polis susulan syor Jawatankuasa Siasatan Bebas
Next: SADC Perak lafaz IBR, perkukuh budaya integriti

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by