Skip to content
30/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

FAM buat laporan polis susulan syor Jawatankuasa Siasatan Bebas

Panya Isamael 22/12/2025 (Last updated: 22/12/2025) 0 comments
Wisma-FAM-FA-Malaysia

KELANA JAYA – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan membuat laporan polis susulan syor dikemukakan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) berhubung isu pemberian kewarganegaraan dan pemalsuan atau salah nyata dokumen melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Keempat Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025–2029 yang berlangsung di Wisma FAM, di sini hari ini, dipengerusikan oleh Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi.

IIC yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif, mengenal pasti dua isu utama dalam struktur pasukan kebangsaan iaitu proses pendaftaran pemain warisan serta dakwaan pemalsuan dan salah guna dokumen.

Susulan dapatan berkenaan, IIC mengemukakan beberapa syor tegas kepada FAM bagi memelihara integriti dan kredibiliti bola sepak negara, termasuk menggesa laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan jenayah menyeluruh dijalankan oleh pihak berkuasa.

Selain itu, FAM juga disaran memperkemas tadbir urus pendaftaran pemain warisan bagi mengelakkan kecuaian dan penipuan dokumen daripada berulang, di samping memastikan reputasi bola sepak Malaysia terus terpelihara.

Dalam perkembangan sama, Jawatankuasa Eksekutif FAM turut memutuskan penggantungan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Abdul Rahman, kekal berkuat kuasa dan perkara itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk tindakan lanjut.

FAM turut mengesahkan bahawa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan menjalankan siasatan tersendiri terhadap Datuk Noor Azman, sekali gus memberi dimensi antarabangsa kepada kes berkenaan.

Situasi ini dilihat sebagai detik penting dalam landskap tadbir urus bola sepak negara apabila FAM kini berada di bawah perhatian ketat di peringkat domestik dan antarabangsa, sekali gus menuntut tahap ketelusan dan pematuhan yang lebih tinggi.

Walaupun program pemain warisan dianggap antara strategi memperkukuh daya saing Harimau Malaya, perkembangan terbaharu ini menegaskan keperluan kepada sistem kawalan dan tadbir urus yang lebih kukuh demi masa depan bola sepak Malaysia. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FAM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kejutan keputusan bukti sepaktakraw Asia semakin kompetitif
Next: Ambulans PBSM langgar lampu merah, penunggang motosikal cedera parah

Related Stories

Kuching City
  • SUKAN

Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC

Solomon 29/10/2026 0
ZK Racing
  • SUKAN

Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang

Solomon 29/10/2026 0
CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0

TERKINI

  • KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN
  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
  • Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC
  • Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang
  • MAPIM calls for MADANI approach to Rohingya issue in Malaysia
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by