Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Amorim naik angin, MU menang pun kena sembur

Panya Isamael 21/09/2025 (Last updated: 21/09/2025) 0 comments
Screenshot_20250921_074757



MANCHESTER – Manchester United (MU) berjaya menundukkan Chelsea 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi, namun pengendali The Red Devils, Ruben Amorim nyata tidak berpuas hati dengan sikap pemainnya.

Gol Bruno Fernandes dan Casemiro pada babak pertama meletakkan MU selesa di depan, sebelum Trevoh Chalobah merapatkan jurang buat Chelsea menerusi tandukan pada babak kedua.

United sepatutnya meraih kemenangan mudah apabila Chelsea beraksi dengan 10 pemain seawal minit kelima selepas penjaga gol, Robert Sanchez dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Bryan Mbeumo.

Namun, momentum itu terganggu selepas Casemiro pula diarah keluar padang ketika masa kecederaan babak pertama akibat menerima kad kuning kedua.

Situasi itu menimbulkan rasa kecewa Amorim yang menyifatkan skuadnya sering mencipta masalah sendiri.

“Kami menunjukkan bahawa apabila semuanya berjalan lancar, kami pula yang mengatur sesuatu untuk mempersulitkan keadaan. Tetapi akhirnya kami menderita bersama-sama. Mujur kemenangan ini memang layak untuk kami,” katanya dipetik Reuters.

Jurulatih dari Portugal itu turut menyelar tindakan Casemiro yang dianggap melakukan terjahan tidak perlu terhadap Enzo Fernandez dan Andrey Santos.

“Kami terlalu berlebihan. Kadang-kadang pemain melakukan tekel yang tidak sepatutnya. Casemiro melakukannya kerana terlalu peduli, tetapi akhirnya merugikan pasukan,” jelasnya.

Amorim turut memberi peringatan bahawa kemenangan ke atas Chelsea tidak membawa makna besar jika skuad kendaliannya gagal mengekalkan konsistensi.

“Seronok memang seronok apabila menang, tetapi kita perlu mengekalkan rasa urgensi dalam setiap perlawanan. Di kelab sebesar MU, ini bukan kemenangan yang boleh dibanggakan. Fokus utama ialah aksi minggu depan,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 : Malaysia jinakkan UAE
Next: Malaysia dijangka berdepan fenomena La Nina singkat awal 2026

Related Stories

taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0
nsfc
  • SUKAN

NSFC tuntut kemenangan walkover

Solomon 22/08/2026 0

TERKINI

  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by