Anak Wan Ahmad Fayshal jalani pembedahan jantung di IJN hari ini

KUALA LUMPUR - Bayi perempuan kepada Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, dijadualkan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Wan Ahmad Fayshal menerusi hantaran di Facebook, semalam, memaklumkan anaknya, Wan Nur Firasah yang kini berusia kira-kira sebulan setengah, akan menjalani prosedur berkenaan.

Menurutnya, beliau memohon orang ramai mendoakan agar segala urusan serta pembedahan yang bakal dilalui anaknya dipermudahkan.

“Insya-Allah hari ini, anakanda kami Wan Nur Firasah akan menjalani pembedahan jantung di IJN.

“Saya dengan rendah hati memohon doa agar pembedahan ini berjalan lancar serta dikurniakan kesembuhan yang sempurna,” katanya.

Beliau turut berkongsi sekeping gambar anaknya yang telah disiapkan untuk menjalani prosedur tersebut. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FB Wan Ahmad Fayshal