KUALA LUMPUR - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menuntut penjelasan berasaskan dokumen rasmi berhubung penggunaan gelaran 'Doktor' oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu.
Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, isu itu perlu dinilai berdasarkan fakta, dokumen serta kerangka undang-undang, bukan sentimen atau kecenderungan politik.
Beliau berkata, pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) adalah perkara asas dan boleh disahkan, termasuk pendedahan nombor pendaftaran, kategori serta status Sijil Amalan Tahunan (APC).
Katanya, berdasarkan Jadual Kedua Akta Perubatan 1971, kelayakan perubatan dari Universiti Islam Bandung tidak tersenarai sebagai kelayakan diiktiraf, sekali gus tidak membenarkan amalan perubatan di Malaysia tanpa kelulusan MMC.
“MCW tidak menuduh, sebaliknya menuntut penjelasan berasaskan dokumen rasmi. Integriti bukan soal persepsi, tetapi kepatuhan kepada kebenaran,” katanya dalam kenyataan hari ini..
Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari, antara wajah baharu politik nasional mewakili generasi muda di Dewan Rakyat, dilantik sebagai menteri penuh dengan menerajui Kementerian Belia dan Sukan.
Pelantikan Dr Mohammed Taufiq itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet Kerajaan Madani, bagi mengisi beberapa jawatan yang dikosongkan. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - Bernama