Skip to content
19/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Arif Aiman di ambang cipta sejarah di Anugerah AFC 2025

Panya Isamael 16/10/2025 (Last updated: 17/10/2025) 0 comments
564152324_1390605809102058_2684160207547390560_n

RIYADH – Bintang sensasi negara, Arif Aiman Hanapi berada di ambang mencipta sejarah apabila namanya tersenarai antara tiga calon utama bagi merebut gelaran Pemain Terbaik Asia (AFC Player of the Year 2025) yang akan diumumkan malam ini pada majlis Anugerah AFC Riyadh 2025 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan King Fahad, Riyadh.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 23 tahun itu telah pun melakar nama dalam sejarah bola sepak negara apabila menjadi rakyat Malaysia pertama tersenarai ke peringkat akhir anugerah berprestij itu, selain menjadi wakil Asia Tenggara kedua selepas pemain legenda Thailand, Therdsak Chaiman pada 2003.

Pencalonan tersebut hadir selepas setahun penuh gemilang buat Arif yang mempamerkan aksi konsisten di pentas tempatan dan Asia, membantu JDT mempertahankan kejuaraan Liga Super serta menyerlah dalam saingan AFC Champions League Elite.

Aksi lincah, kreativiti serta kepimpinannya di atas padang menjadikan Arif antara bakat muda paling menyerlah di rantau ini.

“Saya amat berbangga kerana dapat membawa harapan Malaysia dan Asia Tenggara ke pentas tertinggi ini. Saya akan terus bekerja keras untuk berada di tahap sama seperti Salem dan Akram yang saya jadikan idola,” katanya menjelang majlis penganugerahan malam ini.

Arif bakal berdepan saingan hebat daripada dua nama besar Asia iaitu Akram Afif dari Qatar, pemenang edisi lalu dan wira Piala Asia 2023, serta Salem Al Dawsari, tonggak utama Arab Saudi yang mencipta impak besar di pentas Piala Dunia FIFA.

Walau apa jua keputusan, kehadiran Arif di kalangan pemain elit Asia ini sudah cukup untuk membuktikan kebangkitan baharu bola sepak Malaysia, sekali gus mengharumkan nama JDT sebagai kelab yang melahirkan bintang bertaraf antarabangsa.

Foto kredit : JST

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sindiket edar dadah RM14 juta dari pantai timur tumpas
Next: Murid PPKI maut akibat Influenza A

Related Stories

kcfc
  • SUKAN

Kuching City tewas lewat di Phnom Penh

Solomon 18/09/2026 0
Aidil Shahrin
  • SUKAN

Aidil Sharin beri amaran ancaman bola mati Phnom Penh Crown

Solomon 17/09/2026 0
Hakim Danish
  • SUKAN

Hakim Danish sasar keputusan lebih bergaya di Austria

Arisna Wiguna 16/09/2026 0

TERKINI

  • DIJAVU’26: Simbolik aspirasi sinergi pemimpin mahasiswa berkualiti
  • Hannah Yeoh nafi tandatangan perintah tahanan rumah Najib
  • Wanita Malaysia maut ketika menyelam di Crystal Bay, Bali
  • Jasad pemancing hilang ditemui pada hari ketiga operasi CARILAMAT
  • Kembara Bersasar 2026 terus perkasa akses pendidikan, Orang Asli jadi kumpulan sasaran keempat
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by