YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.XX XXX 2025. SHAHNAZ FAZLIE/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - Shahnaz Fazlie/ Prime Minister’s Office of Malaysia.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di ibu negara hari ini sebagai satu detik bersejarah apabila Protokol Kedua bagi Pindaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) diserahkan secara rasmi semasa sesi pembukaan ASEAN Plenary.
Menurut beliau, langkah itu akan memperkukuh integrasi ekonomi serantau, terutama ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik serta peningkatan fragmentasi geoekonomi.
“Pindaan ATIGA ini bukan sekadar memperkukuh perdagangan, tetapi turut mencerminkan tekad bersama negara anggota ASEAN untuk memperkasa keterhubungan, ketahanan dan daya saing ekonomi rantau ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Anwar berkata, inisiatif tersebut juga menzahirkan semangat ASEAN yang komited terhadap sistem perdagangan terbuka, berasaskan peraturan serta berpandangan ke hadapan.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober menghimpunkan pemimpin tertinggi 10 negara anggota bersama rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan India. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - Anwar Ibrahim