Skip to content
17/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

‘Sambutan meriah terhadap Trump tidak wajar’

Panya Isamael 26/10/2025 (Last updated: 26/10/2025) 0 comments
571230748_837343832147702_3064403892238268415_n

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegur tindakan segelintir pihak yang menyambut kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia dengan sambutan yang dianggap terlalu meriah, termasuk persembahan tarian.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata sambutan terhadap pemimpin asing boleh dilakukan secara beradab dan diplomatik, namun tidak perlu berlebihan sehingga menenggelamkan mesej bantahan terhadap dasar luar negara itu yang didakwa menindas umat Islam.

“Saya tiada masalah untuk menyambut Trump sebagai ketua negara yang hadir atas urusan diplomatik dan pentadbiran antara kerajaan. Sambut sekadarnya. Namun, sambutan yang terlalu meriah dengan tarian dan sebagainya tidak melambangkan bantahan terhadap tindakan jahat beliau selama ini,” katanya.

Menurut beliau, Trump sepatutnya menyedari bahawa dasar dan tindakan yang diambil sepanjang pentadbirannya telah memberi kesan besar kepada penderitaan rakyat Palestin.

“Bayangkan jika Trump ke negara-negara Eropah ketika ini, tentu beliau disambut dengan bantahan rakyat di sana. Tetapi di sini, beliau turun sambil menari kegembiraan,” katanya.

Dr. Maza turut menyifatkan keadaan itu sebagai menyedihkan kerana seolah-olah masyarakat Islam melupakan penderitaan mangsa kekejaman di Gaza dan wilayah lain yang terkesan akibat dasar Amerika Syarikat.

Kehadiran Trump ke Malaysia hari ini adalah bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ASEAN lakar detik bersejarah tandatangan protokol kedua ATIGA
Next: Anggota trafik iring delegasi ASEAN cedera kemalangan dilanggar Perodua Alza

Related Stories

WhatsApp Image 2026-09-16 at 15.18.18 (1)
  • NASIONAL

Kargo petroleum RM220 juta: Pakar gesa pihak berkuasa beri penjelasan bertulis

Panya Isamael 16/09/2026 0
petronas
  • NASIONAL

Maritime expert urges written explanation over RM220m K8 petroleum cargo

Panya Isamael 16/09/2026 0
kargo
  • NASIONAL

Malaysia draws firm red line over cargo linked to Israel’s military

Panya Isamael 16/09/2026 0

TERKINI

  • Joran Merdeka SUTIBA tarik lebih 200 peserta
  • Malaysia milik kita, jangan biar berpecah
  • Kargo petroleum RM220 juta: Pakar gesa pihak berkuasa beri penjelasan bertulis
  • Maritime expert urges written explanation over RM220m K8 petroleum cargo
  • Hakim Danish sasar keputusan lebih bergaya di Austria
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by