Skip to content
01/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Bekas Ketua Hakim Negara ketuai siasatan isu pemain warisan Harimau Malaya

Panya Isamael 27/10/2025 (Last updated: 27/10/2025) 0 comments
571010350_1529932784746619_4121752705540056326_n

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif dilantik mengetuai jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Perkara itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini sebagai langkah memastikan siasatan dilakukan secara adil, telus dan profesional tanpa melibatkan mana-mana individu dalam badan induk tersebut.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram, sebelum ini memaklumkan bahawa jawatankuasa itu akan ditubuhkan bagi menyemak semula semua aspek berkaitan kes terbabit.

Tun Md Raus, yang memulakan karier dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sejak 1976, pernah menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Majistret, Presiden Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendakwa Raya serta Penasihat Undang-undang di beberapa kementerian dan negeri.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1994, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1996, Presiden Mahkamah Rayuan, sebelum mencapai kemuncak kerjaya apabila dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 2017.

Di peringkat antarabangsa, beliau juga pernah memegang peranan sebagai Presiden Persatuan Mahkamah Perlembagaan Asia dan Institusi Setaraf, selain menjadi ahli aktif Majlis Ketua Hakim Negara ASEAN (CACJ).

Menurut FAM, pelantikan Tun Md Raus dibuat berdasarkan kredibiliti dan pengalaman luas beliau dalam bidang kehakiman, dan beliau akan menentukan sendiri barisan ahli jawatankuasa bebas tersebut.

“FAM berharap jawatankuasa ini dapat menjalankan siasatan secara teliti dan menyeluruh sebelum merumuskan hasil siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: FIFA perkenal Piala ASEAN, disertai 11 negara rantau ini
Next: Mohd Azani dilantik Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur baharu

Related Stories

Nepal_galsier_landlslide
  • PELBAGAI

54 Malaysians still missing, no deaths officially confirmed – MASFIH

Panya Isamael 01/11/2026 0
IMG-20261030-WA0023
  • PELBAGAI

47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU

Arisna Wiguna 30/10/2026 0
azmi
  • PELBAGAI

MAPIM KECAM TINDAKAN TERBALIKKAN JALUR GEMILANG DI AUSTRALIA

Panya Isamael 25/10/2026 0

TERKINI

  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
  • Marquez ungguli GP Malaysia, Acosta kedua
  • 54 Malaysians still missing, no deaths officially confirmed – MASFIH
  • Kuasa politik Arab mampu cabar dominasi Zionis di Israel
  • UPSI terima sumbangan Proton e.MAS 7, perkukuh pembelajaran teknologi EV
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by