Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

China Masters : Tang Jie–Ee Wei bangkit, tempah slot final

Panya Isamael 20/09/2025 (Last updated: 20/09/2025) 0 comments
Screenshot_20250920_175415

KUALA LUMPUR – Beregu campuran sensasi negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei mempamerkan semangat juang luar biasa apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mara ke final China Masters 2025 di Shenzhen Arena, hari ini.

Pilihan ketiga kejohanan itu menampilkan aksi penuh bertenaga untuk menyingkirkan beregu nombor satu dunia dari China, Feng Yan Zhe–Huang Dong Ping dalam pertarungan separuh akhir yang penuh mendebarkan.

Gandingan negara tewas 22-24 pada set pembukaan namun segera bangkit menawan dua set berikutnya, 21-19, 21-17 dalam perlawanan sengit yang mengambil masa sejam 20 minit.

Kejayaan tersebut lebih manis kerana ia bukan sahaja memastikan penampilan kedua berturut-turut mereka di pentas final, malah menjadi penebus dendam selepas tewas kepada pasangan sama pada Piala Sudirman 2025 awal tahun ini.

Dengan kemenangan itu, rekod pertemuan Tang Jie–Ee Wei kini semakin rapat kepada 3-6 ke atas Feng–Huang, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka menentang seteru utama tersebut.

Sebagai beregu campuran pertama Malaysia yang pernah muncul juara dunia, Tang Jie–Ee Wei kini hanya tinggal selangkah lagi untuk menambah koleksi gemilang dengan menjulang kejuaraan China Masters, gelaran yang belum pernah dimiliki mana-mana wakil negara. – DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Konvoi Flotilla 45 kapal menuju Gaza, lapan hari lagi perjalanan
Next: KKM perkenal ‘Healthy Living Mall’ semai budaya hidup sihat

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by