Skip to content
27/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

Konvoi Flotilla 45 kapal menuju Gaza, lapan hari lagi perjalanan

Panya Isamael 20/09/2025 (Last updated: 20/09/2025) 0 comments
InCollage_20250920_172559311

KUALA LUMPUR — Konvoi kemanusiaan yang dianggotai antara 42 hingga 45 kapal, termasuk penyertaan daripada Malta dan Greece, kini masih mempunyai lapan hari perjalanan merentas Laut Mediterranean sebelum tiba ke Ghazzah.

Wartawan bebas, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA Strim, turut menyertai pelayaran berkenaan dalam usaha membawa suara solidariti ke pentas dunia.

Misi Global Sumud Flotilla itu membawa bekalan makanan dan perubatan untuk penduduk Ghazzah yang kini memasuki hari ke-716 hidup dalam kegelapan akibat sekatan berterusan.

Katanya, situasi di wilayah terbabit semakin memburuk dengan krisis kebuluran, sementara angka korban dilaporkan melepasi 65,000 nyawa.

Pelayaran hari kedua dilaporkan lebih tenang dengan ombak yang rendah berbanding empat jam pertama selepas berlepas dari Portopogo, Sicily, Itali semalam.

Selain menghantar bantuan, misi ke-37 flotilla sejak 2008 itu bertujuan memecahkan kepungan rejim Israel sekali gus memperluaskan suara solidariti dunia dalam membela Ghazzah.

“Misi ini diiringi doa serta harapan agar perjalanan ke bumi Ghazzah dipermudahkan,” katanya di Facebook pada Sabtu. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Selangor FC hilang fokus sejak awal permainan
Next: China Masters : Tang Jie–Ee Wei bangkit, tempah slot final

Related Stories

wartawan mcw
  • NASIONAL

Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW

Panya Isamael 25/07/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

Jais kekal terajui MCW bagi penggal 2026-2029

Panya Isamael 25/07/2026 0
Jais MCW
  • NASIONAL

MCW perkenal hala tuju baharu perkasa agenda antirasuah

Panya Isamael 25/07/2026 0

TERKINI

  • Safee dedah detik paling sukar selepas bersara
  • F1 kembali ke Sepang, GP Bahrain 2026 sah diadakan di Malaysia
  • SMK Shah Alam cemas sebelum ikat SMK Gunung Rapat
  • Israeli violence in West Bank must stop immediately, says MAPIM
  • Tan bangga semangat juang Harimau Malaya bangkit benam Myanmar
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by