Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Selangor FC hilang fokus sejak awal permainan

Panya Isamael 20/09/2025 (Last updated: 20/09/2025) 0 comments
FB_IMG_1758341578488

PETALING JAYA – Pemain pertahanan Selangor FC, Kevin Deeromram mengakui skuad Gergasi Merah gagal menampilkan aksi terbaik selepas tewas 2-4 kepada Bangkok United dalam aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin.

Menurutnya, kegagalan pasukan bermula sejak awal perlawanan apabila dibolosi dua gol pantas selain kehilangan seorang pemain akibat kad merah yang menyukarkan usaha untuk bangkit.

“Bukan perlawanan yang baik untuk kami. Kami jangka dapat tiga mata, tetapi kami bolos dua gol awal dan terima kad merah. Memang sukar untuk kembali. Apa pun, kami sudah cuba yang terbaik dan perlu fokus untuk perlawanan seterusnya,” katanya selepas perlawanan.

Deeromram turut mengakui Selangor tidak cukup fokus pada awal permainan sehingga dihukum pasukan lawan.

“Kami tidak benar-benar fokus dari awal. Dalam 10 hingga 15 minit pertama, kami tidak beri segalanya dan akhirnya bolos gol daripada situ,” jelasnya.

Berkongsi mengenai penyesuaian dirinya bersama Selangor, Deeromram menyifatkan perjalanan setakat ini turun naik, namun menganggap suasana dalam pasukan sangat positif.

“Kadang-kadang baik, kadang-kadang tidak. Dari awal saya rasa bagus, tapi bila kalah, ia memang rasa teruk. Saya harap perlawanan seterusnya lebih baik. Bagaimanapun, pasukan ini ada ramai pemain berkualiti dan suasana sangat baik,” tambahnya.

Mengulas mengenai sasaran Selangor bagi aksi seterusnya, Deeromram menegaskan hanya kemenangan yang diidamkan.

“Hanya tiga mata. Itu saja yang kami perlu dapat,” ujarnya.

Selangor akan bertandang ke Stadium Negeri, Kuching menentang Kuching City FC pada Ahad ini. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Selangor FC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Portugal iktiraf negara Palestin Ahad ini
Next: Konvoi Flotilla 45 kapal menuju Gaza, lapan hari lagi perjalanan

Related Stories

taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0
nsfc
  • SUKAN

NSFC tuntut kemenangan walkover

Solomon 22/08/2026 0

TERKINI

  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by