Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA

Portugal iktiraf negara Palestin Ahad ini

Panya Isamael 20/09/2025 (Last updated: 20/09/2025) 0 comments
Screenshot_20250920_114719



LISBON – Portugal mengumumkan secara rasmi akan mengiktiraf Negara Palestin pada Ahad ini, sehari sebelum berlangsungnya Persidangan Peringkat Tinggi mengenai penubuhan negara Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

Kementerian Luar Portugal dalam kenyataan semalam berkata, langkah itu menandakan berakhirnya hampir 15 tahun perdebatan di Parlimen negara tersebut selepas cadangan pengiktirafan pertama kali dikemukakan oleh parti Blok Kiri pada 2011.

“Kerajaan Portugal mengesahkan bahawa Portugal akan mengiktiraf Negara Palestin. Pengisytiharan rasmi pengiktirafan akan dibuat pada 21 September,” jelas kenyataan itu.

Menurut laporan akhbar Correio da Manha, Perdana Menteri, Luis Montenegro membuat keputusan tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden serta Parlimen.

Pengumuman itu hadir hanya beberapa hari selepas siasatan PBB mendapati tindakan ketenteraan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 disifatkan sebagai satu bentuk genosid. Setakat ini, lebih 65,000 nyawa terkorban manakala lebih 165,000 lagi cedera, selain ribuan mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Selain Portugal, beberapa negara lain termasuk Perancis, United Kingdom, Kanada, Australia, Belgium, Luxembourg, Malta, Andorra dan San Marino juga dijangka akan turut mengiktiraf Palestin pada minggu depan.

Ketika ini, sebanyak 147 negara iaitu kira-kira 75 peratus anggota PBB sudah pun mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Bagaimanapun, langkah itu mendapat kecaman keras Israel dan Amerika Syarikat (AS). Setiausaha Negara AS, Marco Rubio menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai keputusan ‘tidak bertanggungjawab’ yang hanya menguntungkan Hamas.

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich pula sebelum ini memberi amaran bahawa setiap kali sebuah negara mengiktiraf Palestin, Israel akan menubuhkan penempatan haram baharu di Tebing Barat.

Sementara itu, Perdana Menteri Luxembourg, Luc Frieden bersama Menteri Luar, Xavier Bettel turut menyatakan hasrat membawa usul pengiktirafan Palestin ke Parlimen, selain mempertimbangkan sekatan terhadap Israel.

Sehingga kini, usaha global semakin memuncak untuk memberi pengiktirafan rasmi terhadap Palestin meskipun ditentang hebat oleh Tel Aviv dan Washington. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - AFP

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Anwar gesa isu sempadan Thailand-Kemboja diselesaikan melalui rundingan JBC
Next: Selangor FC hilang fokus sejak awal permainan

Related Stories

AZMI MAPIM
  • LUAR NEGARA
  • TITIK PANDANG

Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine

Arisna Wiguna 28/10/2026 0
Kashmir askar
  • LUAR NEGARA

Kashmir Black Day: MAPIM desak dunia tamatkan 79 tahun ketidakadilan

Arisna Wiguna 27/10/2026 0
gaza
  • LUAR NEGARA

MAPIM TARGETS RM500,000 FOR GAZA WINTER RELIEF

Solomon 26/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by