Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Anwar gesa isu sempadan Thailand-Kemboja diselesaikan melalui rundingan JBC

Panya Isamael 20/09/2025 (Last updated: 20/09/2025) 0 comments
FB_IMG_1758338791113



PUTRAJAYA – Malaysia menegaskan bahawa sebarang isu melibatkan pertikaian di sempadan Thailand-Kemboja perlu diselesaikan menerusi semangat dialog dan diplomasi, selaras dengan prinsip persefahaman dalam kalangan negara ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau semalam berkesempatan bercakap dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet bagi mendapatkan gambaran serta perkembangan terkini berhubung situasi di sempadan kedua-dua negara berkenaan.

“Saya menyeru agar segala isu yang masih belum selesai dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC).

“Malaysia percaya bahawa semangat dialog, diplomasi dan persefahaman sesama rakan ASEAN adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang bentuk pertikaian,” katanya dalam kenyataan di akaun rasmi Facebook pada Jumaat.

Sempadan Thailand-Kemboja sebelum ini beberapa kali menjadi medan ketegangan ekoran tuntutan kawasan bersejarah di sekitar Kuil Preah Vihear yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Pertikaian tersebut pernah mencetuskan pertembungan ketenteraan kecil pada tahun 2011 yang mengorbankan beberapa nyawa.

Bagaimanapun, kedua-dua negara kini berusaha mengawal keadaan dengan memanfaatkan forum serantau termasuk Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC) untuk meredakan ketegangan.

Malaysia melalui pendekatan Malaysia Madani terus menzahirkan komitmen bagi memperkukuh keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara dengan menekankan kepentingan kerjasama serantau. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FB ANWAR IBRAHIM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Misi Sumud Nusantara jumpa ‘kawan’ bot di perairan Itali
Next: Portugal iktiraf negara Palestin Ahad ini

Related Stories

khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0
bc4954f7-8b2c-4839-844a-840a5bb1d8d5
  • NASIONAL

Southeast Asia Olympiad Championship & Cultural Heritage meriah di UniSZA

Arisna Wiguna 22/08/2026 0

TERKINI

  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
  • UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026
  • Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas
  • NSFC tuntut kemenangan walkover
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by